Tuesday, June 5, 2012

menyusuri Sungai Melaka

 Melaka terkenal dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah atau Kota Warisan Dunia.  Aku walaupun anak kelahiran Melaka , namun banyak mendiami negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Sabah dan Pulau Pinang.
  Aku umpama burung pulang ke sarang ketika cuti sekolah sahaja.  Tidakku tahu sampai bila dapat mendiami rumah sendiri.  Namun aku bersyukur dapat tinggal 8 tahun di rumah ini , selain rumahku umpama tempat persinggahan.
     pemandangan ketika bot bergerak di sepanjang sungai yang disinari cahaya lampu neon.



                      ketika di dalam bot, ramainya pengunjung ketika cuti sekolah.

                                                  di tebing sungai Melaka.
                    rangka gajah yang disinari lampu neon yang berwarna-warni.

  Cuti hujung tahun 2010, kami sempat menyusuri sungai Melaka bersama-sama sekeluarga dengan menaiki bot.  Walaupun tambangnya agak mahal bagi kami berlima, tetapi kenangan ini sukar dilupakan.  Harga tiket kalau tak silap RM 20 seorang.
  Cantiknya pemandangan pada waktu malam disinari lampu-lampu dan cahaya neon.  Banyak gerai yang dibuka dan bermacam-macam cendera mata dan makanan yang dijual.  Terpulanglah kepada kita memilih gerai untuk membeli-belah atau sekadar mencuci mata.






                                 bot lain yang berselisih dengan kami

No comments:

Post a Comment