Tuesday, June 19, 2012

Sambutan hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor

  Hari Rabu 13 Jun 2012 , kami telah menyertai sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kuala Selangor.  Aku pula baru berhijrah ke sekolah ini walaupun jauh namun tuntutan tugas aku tetap cuba memenuhi permintaan sekolah.
 Walaupun telah 3 kali ,Encik Adnan bin Othman selaku guru besar SKSS bertanya dan bersimpati kepadaku, namun biarlah aku menghabiskan sisa-sisa tahun 2012 hingga ke penghujungnya. Hendak bertukar rasanya baru isi borang tambahan pula baru bertugas hampir 3 bulan dan tak sanggup untuk berhijrah sekolah ke-3 dalam masa setahun.
  Aku menumpang sahaja kereta Pn Kamariah, GPK HEM, untuk sampai ke destinasi iaitu Stadium terbuka dan tertutup Kuala Selangor. Tepat pukul 1.45 tengah hari kami mula bergerak. Oleh kerana bergerak dalam kumpulan , maka memakan masa,  Kami konvoi tiga kereta termasuk guru pelatih dari Unisel.
  Sampai di Stadium terbuka lebih kurang pukul 2.30 petang.  Setelah pendaftaran dan sibuk menunggu giliran , kami duduk di Stadium. Giliran kami ke -24 berarak ke Stadium Tertutup.   Stadium Tertutup dibanjiri golongan guru.  Ada bermacam gelombang pakaian demi untuk mendapat kemenangan.  Gelombang biru, ungu, kuning, baju koperat, batik hijau, perang dan sebagai.  Bermacam-macam gaya berselendang, bertopi, bersongkok bagi lelaki dan berbaju Melayu dengan hiasan yang menarik.
  Sebaik sahaja semua hadirin masuk ke dewan serta VVIP dan tetamu kehormat masuk, aku pula memang sudah niat terpaksa meninggalkan majlis tesebut lebih awal kerana aku terpaksa balik ke rumah yang jaraknya lebih kurang 80 km .  Sebaik tiba di rumah,suamiku menyapa, " Awal balik, kata balik lambat? Dengan selamba aku menjawab," Lari sahaja, kalau tidak tak bermaya nak ke sekolah esok.  Maaflah bukan aku ini seorang yang kuat semangat yang bertahan sehari suntuk. Sebalik sahaja sampai di rumah, aku terus capai bantal, sembahyang, tidur , sembahyang ,tidur dan sembahyang tidur semula untuk bangun esok ke sekolah.











No comments:

Post a Comment