Wednesday, June 6, 2012

operasi 2 - luar rumah

  Setelah rumput-rampai dimesin, kini mengait rumput-rampai yang bertaburan dan mengumpulkan kepada beberapa longgok untuk mudah dibakar.
  Ku buat 4 longgok, Isnin, Selasa dan Rabu ku bakar sedikit demi sedikit.  Oleh kerana rumput-rampai itu masih basah, terpaksa dikalihkan supaya cepat kering dan senang dimamah api.
  Untuk memudahkan api memamah rumput-rampai tersebut, ku ambil kertas surat khabar dan daun-daun pisang kering di belakang rumah sebagai umpam memarakkan api.  Lihatlah kepulan asap yang akan mengganggu penglihatan, tetapi aku bernasib baik kerana angin tidak bertiup kencang.  Kalau tidak tentu penanggung motorsikal memarahi dan memaki hamun aku kerana asap tersebut akan mengganggu penglihatan mereka kerana rumahku di tepi jalan raya.






  Bersih sudah di luar rumahku.  Ketika aku ke sekolah pagi ini, 6/6/2012 , ramai guru yang melihat ada kereta parkir di porch rumahku, ini bermakna aku sudah balik ke rumah ketika cuti sekolah.  Aku berkesempatan berbual mesra dengan guru-guru di situ sebelum beredar balik ke rumah pukul 1.00 tengah hari dan selepas masak , menyambung tugasku membakar sampah.

No comments:

Post a Comment