Sebelum itu,kami memakai jaket keselamatan. Kami berasa takut juga kerana air pasang dan sampan hampir separas dengan air sungai. Dengan kegelapan malam, kami dapat melihat kerlipan kelip-kelip bagai lampu kelip-kelip di pohon krismas. Kelip-kelip lebih banyak di sebelah kanan sungai berbanding di sebelah kiri tebing sungai kerana hakisan sungai menyebabkan pokok-pokok berembang itu terpisah. Di sebelah kanan pula pokoknya tersusun sebab itu banyak kelip-kelip di situ.
Selama 20 minit sejauh 3/4 km menyusur sungai dengan sampan yang bergoyang-goyang itu mencemaskan hati juga. Dalam kegelapan malam, banyak kelip-kelip yang hadir di pohon-pohon berembang pada malam itu.
Agak mencemaskan juga apabila kelihatan seakan-akan sebatang tubuh sang bedal yang timbul di permukaan air . Semakin dekat semakin jelas rupa-rupanya sebatang kayu yang panjang.
Kami bersyukur dapat berbual dengan pendayung sampan yang berusia 60 tahun itu. Dia cukup peramah menjawab semua pertanyaan kami. Oleh kerana keramahan kami, dia pun bertanya adakah salah seorang daripada kami ini seorang guru.
Pengalaman ini amat bermakna buat kami kerana dapat menyusur sungai pada waktu malam dengan menaiki sampan. Mungkin tak lama lagi jeti di kampung Kuantan ini kan runtuh jika tidak diperbaiki. Sepatutnya pihak Majlis Perbandaran menjaga dan memulihara jeti yang semakin dihakis oleh ombak dan air sungai.
sampan -sampan yang diikat di tepi sungaiPemandangan di tepi jeti
Pelancong dari luar negara ramai yang datang melawat
No comments:
Post a Comment