Ramai muridku membeli bendera. Banyaknya duit mereka. Itu yang menjadi kehairananku. Apabila aku meminta mereka membeli buku, katanya tidak ada wang tetapi untuk sesuatu pertandingan, ada pula duit mereka.
Tengok ni! setiap murid ada bendera, kekadang itu bergaduh dan masing-masing mengoyakkan bendera rakan mereka, seperti tidak mengharga pula!. Rasa nak marah sahaja. Sudah puas , aku menasihati mereka supaya menjaga tatahidup yang baik, menghormati rakan, menjaga kebersihan kelas dan mempunyai akhlak yang mulia.
Semoga mereka mendapat hidayah daripada-Nya. Walau bagaimanapun inilah cubaan dan cabaran bagiku mengajar murid-murid yang agak sukar atau lambat menerima pelajaran. Semoga mereka ada kesedaran dan dapat mengubah sedikit demi sedikit tingkahlaku dan positif terhadap pelajaran.
Dah 72 batang bendera , aku tolong belikan untuk mereka, entah mana mereka letakkan!. Menurut mereka hendak letak di basikal. Papan kenyataan di belakang itu masih lagi kosong, baru nak ditampalkan dengan pengisian tentang kemerdekaan, aku sebenarnya banyak bahan kemerdekaan tetapi semuanya ada di rumahku, di Melaka, nak hrapkan mereka, habuk pun tarak!
keratan akhbar ini adalah pada 31 Ogos 2013 , hari Sabtu .
3/9/2013 baru sempat tampal di papan kenyataanmurid-muridku sedang menjawab ujian 2 Bahasa Arab
bendera tahun lepas masih elok lagi dipasang semula pada awal Ogos.
Pada 17 September 2013, keputusan pertandingan telah diumumkan. Syukurlah kelas 4 Jaya, iaitu kelasku ini menjadi johan Pertandingan Kelas Patriotisme Tahap Dua. Berikut adalah hamper yang diberikan malangnya tidak ada sijil penghargaan disertakan, kecewanya aku.
No comments:
Post a Comment