Walaupun baru seminggu aku bertugas di Sekolah Masjid Tanah, namum kulihat kesibukan guru-guru mengatur rancangan dan acara bagi menyerikan majlis tersebut. Majlis persaraan Pn Hjh Fasehah diraikan secara meriah, mana tidaknya disambut di sekolah dan di Hotel Holiday Inn.
Di sekolah, majlis bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah pukul 12.15 tengah hari. Antara acaranya ialah ucapan guru besar, ucapan Pengerusi PIBG, ucapan wakil pegawai PPD Alor Gajah, ucapan yang diraikan Pn hjh Fasehah, acara montaj video beliau, acara persembahan murid dan nazam oleh guru-guru, persembahan sajak dan acara penyampai hadiah. Menariknya beliau disandingkan di atas pentas bersama suami. Pentas ini pun baru dibuat.
Beliau berkhidmat di sekolah ini selama 27 tahun. Begitu lamanya, hampir usia emas perkhidmatannya di sini. Kalaulah aku sekarang ini dah sekolah ke-9 sekolah , baru mengajar ke-30 tahun perkhidmatan dan di 4 buah negeri, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, dan Sabah.
Beliau seorang yang begitu gigih dan berdedikasi mengajar tahun 1 , bagiku mengajar tahun 1 adalah asing bagiku kerana aku pernah mengajar tahun 1 selama sebulan sahaja pada tahun 1993, selepas itu aku mengikuti kursus Matematik KBSR selama setahun di Maktab Perguruan Perempuan Pulau Pinang ringkas Maktab 4P.
Pada petangnya pula, menjajar aku mencari Hotel Holiday Inn, maklumlah aku bukan kaki makan atau kaki jalan. Berdasarkan GPS , aku mengikut sahaja, bertolak dari rumah pukul 2.00 petang, sesat di Jalan Hang Jebat, di Jonker Walk,berpusing-pusing, kemudian di hadapan Mahkota Parade adalah 3 kali aku tawaf asyik terlepas simpang atau tersilap masuk simpang. Akhirnya , aku sampai jua tepat pukul 3 .00 petang. Syukurlah,,,,walaupun aku rasa aku yang terlambat namun ada juga guru yang tiba lewat.
Majlis selesai pukul 5.00 petang.
Persediaan majlis -pengacara majlis
Pn Hjh Fasehan gur yang diraikan bersama dengan suami
Penulis berbeza baju korporat dengan guru lain- maklumlah baru bertukar dan berkhidmat minggu ke-2 di sini
Persembahan nazam oleh guru-guru SKMT diketuai oleh Pn Hjh Salwa bt Hj Abu
Sibuk-sibuk di dewan dan tetamu jemputan
Kepada cikgu Hjh Fasehah, selamat bersara dan menjalani kehidupan baru sebagai suri rumah tangga sepenuhnya........semoga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment