Wednesday, March 12, 2014

Minggu Bahasa Melayu-Kata Majmuk

12/03/2014 aku bertugas sebagai guru Bahasa Melayu menjalankan aktiviti bulan Bahasa. Tajuk yang ku pilih ialah "Kata majmuk'.  sebagai guru , kita perlu memberi contoh kata majmuk.  Sebenarnya hendak menerangkan bahawa kata majmuk ialah kata yang melebihi satu perkataan sebagai contohnya perkataan papan , boleh ditambah perkataan lain contoh papan hitam, papan tanda dan sebagainya. Apabila ditambah perkataan lain akan membawa maksud lain.
  Berikut adalah contoh yang ku berikan.  Kemudian ku berikan perkataan bilik.  ramai juga yang memberi respon dan berani ke hadapan untuk memberikan contohnya. Antara jawapan yang diberi ialah bilik kaunseling, bilik darjah, bilik Sains dan sebagai.  Hanya 15 minit acara ini berlangsung,  Kemudian setiap murid mencatatkan ke dalam buku catatan mereka.






Galakkan murid menjawab di hadapan murid-murid lain supaya mereka berani tampil ke hadapan.  Acara ini berlangsung semasa perhimpunan pagi.  Murid-murid tahun 1 hingga 5 sahaja yang terlibat kerana murid-murid tahun 6 menduduki kelas tambahan pagi.











No comments:

Post a Comment