Saturday, March 8, 2014

Pelancaran NIlam dan bulan membaca SKMT

Isnin 24/02/2014 pelancaran Nilam dan bulan membaca telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah. Majlis berlangsung dengan baik.  Perasmian dilakukan oleh pengarah Pustakam Negeri Melaka, Enncik Mohd Amudyy .  Beliau disambut dengan paluan kompang dengan menggunakan teknik bunyi paluan kompang, kini semua teknik boleh digunakan asal sahaja ada CD dan pembesar suara/speaker.
   Secara tersurat beberapa ekor burung telah dilepaskan yang membawa maksud kita hidup perlulah mencari atau melakukan aktiviti  untuk mencari maklumat atau ilmu.  Kemudian setiap guru kelas diagihkan sebakul buku untuk bahan bacaan di sudut bacaan di kelas masing-masing.
  Ada acara menyanyikan lagu Nilam, persembahan sajak, dan syair.  Syukurlah majlis dapat dilaksanakan dengan baik.  Semoga semua murid di SKMT tidak mensia-siakan bahan bacaaan yang telah diagihkan dan mencatat di dalam buku NILAM.

                                    Ucapan perasmi, Tn MOhd Azimuddy, pengarah pustakam negeri Melaka


 
Perasmi dan guru besar melepaskan burung dari dalam sangkar- sebagai simbol proses mencari - kepada murid pula perlu mencari ilmu melalui membaca

                                       setiap guru kelas diberi sebakul buku untuk bahan bacaan di kelas.
                                        Persembahan sajak oleh ketua pengawas, Sarifuddin
Persembahan syair

No comments:

Post a Comment