Malam itu aku belum tidur lagi hampir pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba pintu depanku begoyang bagaikan dibuka orang. Bunyi benda jatuh seperti rak kasut terbalik menambahkan takut di hatiku. Aku pun terus menutup laptop dan terus naik ke tingkat atas. Selepas aku menutup laptop, baru aku sedar di luar angin bertiup kencang dan hujan turun dengan lebatnya.
Sebenarnya kuarter guru di Sabak Bernam ini berdekatan dengan pantai. Jadi angin laut akan bertiup kuat kekadang disertai dengan bunyi-bunyian yang menderu-deru.
Cuaca pula kekadang panas sehingga 34 darjah celcius. Berpeluh-peluh badanku, duduk di ruang tamu rumah guru ini. Sekiranya duduk di tingkat atas lagi terasa bahangnya.
Suamiku sudah membeli iPot atau penghawa dingin tetapi tak memenuhi citarasanya kerana ruang tamu kami terlalu besar dan tak dapat menyejukkan ruang itu. Kemudian dia membeli pula kipas yang menggunakan air batu. Agaknya penat asyik nak mengganti kan ketul ais, jadi hanya dua minggu sahaja bertahan, akhirnya terpaksa mencari alternatif lain.
Gara-gara terlampau cuaca panas, maka dipanggilnya Orang Cina untuk memasang penghawa dingin di ruang tamu dan di bilik tidur utama maklumlah kuarters pengetua ini ada 4 bilik dan sebuah stor sedangkan bilik lain sesekali sahaja anak-anakku balik. Syukurlah sejak adanya penghawa dingin ini rasanya bolehlah selesa sedikit, kalau tidak di hatiku ingin sahaja terbang balik ke rumah sendiri di Melaka....kalau burung dah lama aku terbang!
No comments:
Post a Comment