Thursday, April 18, 2013

Berbaloikah?

Oleh kerana kos minyak kereta ke sekolah sejauh 121km dua hala sebanyak RM70 untuk 3 hari, aku sudah mula mencongak untuk berjimat.  Jika anda ahli Cosway, ada cara untuk menjimatkan minyak  petrol kereta anda.  Aku sebenarnya tak percaya tetapi maklumlah kekadang iklan -iklan dan testimoni ni memang mempengaruhi minda kita.
   Hari ini , aku telah membeli 4 kotak minyak Fuel Enhance (AutoMax) konon-kononnya boleh jimatkan petrol .  Aku beli 4 kotak kerana percuma 5 kotak, kalau beli satu kotak harganya RM39.90 , percuma satu. Entahlah aku baru hendak cuba.  Nanti kena hitung/catat jarak  perjalanan dan konsistan penggunaan minyak ini.  Anda pernah cuba? Inilah percubaanku, kalau betul baguslah kalau tidak Tipah tertipulah....hehehe..
 

1 comment:

  1. Aku dah guna dua kotak, yang pastinya, enjin lebih ringan dan kereta meluncur laju....tekan minyak kekadang tak perasaan meter kereta sampai 140km di jalan raya antara Tanjung karang ke Sabak Bernam.

    ReplyDelete