Hari ini minggu Pendidikan Seni Visual diadakan pertandingan melukis poster. Aku masuk waktu kedua 8.30 -9.30 pagi. Sambil memerhatikan mereka melukis dan mewarna, aku pun menegur mereka. Mana tidaknya? Pertandingan melukis poster , tajuknya mestilah dilukis besar-besar, ini tidak, hurufnya kurus dan macam lidi, tulisan biasa,
Maka aku pun tulislah di papan hitam. Malangnya ada ejaan yang mereka buat /tiru salah. Tengoklah murid-murid sekarang, diberi masa melukis dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi, ingatkan lukisannya penuh dengan background atau latar belakang. Dibuatnya sambalewa sahaja. Apabila disuruh warnakan penuh latar belakang lukisan itu, ditanyakan pula , "cikgu, nak warna di belakang?". Pelik bukan. Beginilah telatah muridku,
Tajuk pertandingan poster "Merokok Membahayakan Kesihatan" dan dilukiskan gambar kecil-kecil, lambang tak nak merokok, kehilangan wang dan lambang buah pinggang, peparu dan tengkorak yang bermaksud membahayakan kesihatan. Walaupun sudah disuruh lukis besar-besar tetapi tak diendahkan, nasib koranglah.......sampai bila agaknya nak terima teguran dan membaiki kesalahan sendiri.
No comments:
Post a Comment