Tuesday, April 9, 2013

Corat-coret hari ini 9/4/2013

Hari ini aku  ingin menyelesaikan kes buli yang didakwa oleh seorang bapa.  Bagaimana kes buli atau minta wang? Kes berkisah seorang muridku ini suka beniaga semasa tahun 3.  Jadi berlarutan hingga tahun 4, hutang beli jam tangan berharga RM 10.  Murid ini pula suka berdolak dalik.  Pening aku dibuatnya. Nak bersemuka senang cerita. Berhenti setakat itu, kata bapanya nak datang sekolah, puas aku menunggunya sehingga pukul 1.30 petang.  Tak selesai juga.
  Kemudian kes kedua, tangan muridku disengat binatang .  Bengkak dan panas jarinya.  yang peliknya ibunya tahu tetapi dibiarkan sahaja.  terpaksalah ku beritahu GPK HEM, GPK ! tolong taipkan surat untuk dapatkan di  hospital dan murid dihantar pulang ke rumah dengan harapan ibunya  segera mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Karang, Selangor.
     Kes ketiga pula menyirap darahku apabila murid-murid lelaki kelasku dan murid yang lain bermain di dalam kelas.  Main tarik-tarik kerusi dan terkena di tikar getah.  Apalagi koyak tikar getah tempat santai sambil membaca,  Mereka tak tahu betapa sukarnya aku menyediakan ruang itu untuk menambah ilmu, lain pula dibuatnya.  Hai, murid tahun 4 Jaya , 4 Tekun dan 5 Tekun semua lelaki, mereka saling tuduh menuduh, maka aku denda mereka untuk bayar ganti rugi .  Entah dibayarkah atau  tidak?  Nanti ku kutip juga supaya mereka ada tanggungjawab mengganti atau membayar ganti rugi atas kerosakan itu.
   Susahnya murid sekarang!....bukan nak dengar nasihat dan peraturan.  Dah kata jangan main  di dalam kelas, kalau nak main sangat pergilah ke padang.

 

1 comment:

  1. Jumaat, 12/4, murid yang disengat binatang datang ke sekolah. Kulihat tangannya yang bengkak dah susut. Kutanya lagi, adakah disuntik, katanya tidak, doktor bagi ubat makan sahaja untuk susutkan bengkak itu.

    ReplyDelete