Lebih kurang pukul 10.45 pagi, semua hadirin diminta memenuhi dewan namun dewan masih lagi kosong, kebanyak ahli ambil duit sahaja, kemudian berduyun-duyun keluar mungkin ada agenda sendiri almaklumlah hari minggu, kenduri kahwin atau menziarahi anak di asrama atau membeli-belah.
Aku masih di dewan sehingga pelantikan perwakilan. Sementara menunggu mesyuarat itu, terjumpa seseorang,dia menegurku namun aku sseperti biasa tak kenal, memang betul-betul tak kenal, jadi tersekat di situ kerana ada kawannya bersembang. Aku sempat menjawab soalannya mengajar di Subang Jaya.
Dalam pada itu aku mencari lagi kot-kot ada kawan-kawan dari Sekolah Tengku Ampuan Rahimah,(1980-1981) Sekolah Sri Subang Jaya (2) Tahun 1985-1989)dan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit (1982-1984)....tak ada nampaknya. Yang pastinya kedengaran dan disebut-sebut namanya sendiri sebagai Anuar Tompang yang ku kenali melalui FB sebagai bekas pelajar STAR , yang aktif mengajukan pendapat. Aku pula sebagai penonton dan ahli sahaja. Aku juga bertembung dengan guru besar sekolahku, Encik Abdul Majid bin Ismail dan di sebelahnya mungkin isterinya. Sebelum pulang sempatlah aku menyapanya.
No comments:
Post a Comment