Monday, September 10, 2012

Ayam, oh , Ayam!

  Setiap kali memasak ayam, pastinya ingatanku berputar kepada suatu peristiwa mengenai seorang guru di SK Paya Keladi, Pualau Pinang.  Biarpun peristiwa ini dah berlalu lebih kurang 15 tahun, aku masih ingat nama guru itu.  Biarlah aku rahsiakan.
  Peristiwa bermula, dia menceritakan tiba-tiba dia sekeluarga berak darah. Maka pergilah ke hospital.  Apabila berjumpa doktor, maka doktor pun bertanya apakah puncanya. Dia memberitahu makan seperti biasa. Maka timbul keraguan doktor tersebut. Ingat balik kamu sekolah makan apa.
  Setelah difikir-fikir barulah dia teringat akan peristiwa itu. Peristiwa bermula apabila anaknya yang dipanggil Saddam tidak mahu membeli tepung gandum di kedai.  Bukankah kita selalu membasuh ayam menggunakan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir.
   Maka dengan jalan pintas, dia pun mencalitkan sedikit sahaja Axion kepada ayam itu menghilangkan hanyirnya. Pada sangkaannya sedikit sahaja takkan menjadi apa-apa, rupa-rupanya angkara axion itu, ahli keluarganya berak darah.  Kasihan, nasib baik tak memudaratkan sangat.  Oleh itu, kepada pembaca janganlah sesekali membasuh ayam dengan axion kerana bahaya kepada perut kita.

No comments:

Post a Comment