Semalam, 17 September 2012, aku mendapat panggilan telefon daripada si pemandu kereta Viva Elit. Dia meminta aku membayar sebanyak RM250 untuk menggantikan side mirrornya. Aku begitu terkejut, Mengapa?
Side mirror kereta Viosku baru RM140 , cermin RM75, Signal RM55 dah upah pasang RM10. Inikan pula cermin sisi kereta Viva Elit yang lebih mahal mengganggu ketenangan fikiranku. Maklumlah lebih sudu daripada kuahnya.
Daripada teman-teman , aku mendapatkan maklumat selain daripada internet dan paling yang aku pasti ku pergi sendiri ke kedai alat ganti yang kubaiki cermin sisi keretaku. Memandangkan harganya begitu murah RM140, aku menyedari aku ditipu . Menyampahnya aku kepada seorang lelaki ini , berbicara lembut disulami dengan assalamualaikum serta mudah menyusun kata memohon maaf kepadaku kerana menyusahkan.
Oleh sebab, aku dah berjanji untuk membayar ganti rugi itu, maka aku meminta suamiku bertemu dengannya dan memberikan wang itu. Tetapi suamiku tidak mahu berbuat demikian. Dia dengan suara yang agak tinggi menelefon dan bertanya cermin apakah yang ditempah dan di kedai mana. Dengan jujurnya, dia menjawab side mirror harganya RM140 dan upah cat RM60. Jumlahnya tentu RM200, mengapa pula meminta RM250. Jadi sebagai orang tengah suamiku meminta dia memberikan nombor akaun bank agar mudah memindahkan wang ke akaun banknya.
Bukan aku tidak mahu membayar ganti rugi, agak-agaklah. Janganlah hendak menipu kerana akhirnya tembelang akan diketahui juga. Aku memang amat benci kepada orang yang suka menipu, sebab itu kalau boleh aku tidak mahu berjumpa dengannya dan pindahkan wang melalui akaun sahaja. Semoga pengalaman ini menjadi panduan kepada semua.
No comments:
Post a Comment