Aku pun masuk ke asrama putri. Tidak ada kebenaran pengawal keselamatan dan warden, bagaimana hendak kutemui mereka. Oleh kerana pada masa itu pukul 1.30 pagi, aku masih mendengar suara riuh- rendah penghuni asrama di blok yang kuhampiri. Aku pun memberi salam dan memberitahu mereka, aku ingin berjumpa dengan anakku dan sebutkan nama anakku . Nasib aku baik, kebetulan mereka memang kenal anakku dan anakku memang berehat di bilik mereka.
Dengan pertolongan mereka, aku berjaya memasuki blok dan bilik anakku. Dengan cepat dan pantas aku mendapatkan anakku dan bertanya akan keadaannya. Aku sebagai ibu amat pelik mengapa anakku dibawa ke hospital tetapi tidak diberikan ubat. Berbekalkan ubat klinik sahaja adalah tak memadai kerana sudah seminggu dia demam tidak kebah lagi.
Aku dengan segera memintanya menelefon suamiku di kereta kerana aku seorang sahaja yang boleh memasuki bilik asrama puteri itu. Aku bertanyakan keadaannya dan memberitahunya adakah dia ingin mengikut aku balik ke Melaka. Aku segera meminta suamiku menelefon warden asrama supaya membenarkan anakku di bawa pulang.
Warden asrama tersebut terkejut bagaimana aku boleh masuk dan berjumpa dengan anakku. Dengan nada yang agak marah, dia ingin mengetahui siapakah yang pandai-pandai menelefon dan memberitahuku. Memang semua pelajar asrama putri dimarahi di hadapanku. Bagus juga tak seorangpun yang berani membuka mulut malahan anakku sendiri tidak memberitahunya.
Dengan nada yang merayu dan menyatakan ketidakpuas hati terhadap GPK HEM yang membawa anakku ke hospital pada pukul 10 malam hingga 12 malam tetapi mengikut kehendak anakku balik tanpa mendapatkan rawatan doktor. Seperkara lagi yang menyakitkan hatiku ialah apabila warden asrama menyatakan semasa dia melihat anakku berehat di bilik sakit itu ,dia tidur dengan nyenyaknya.
Kenyataan yang masih lagi terngiang-ngiang di telingaku ialah apabila dia berkata, kalau dah ibu bapa datang dari jauh dan pagi-pagi pukul 2.00 , sudah tentulah dia memberi kebenaran walaupun dalam hati keberatan, tambahan pula aku masuk ke asrama tanpa kebenarannya. Maafkanlah daku kadangkala terpaksa melanggar peraturan apabila kejadian ini berlaku kepada anakku. Aku yakin setiap ibujuga akan bertindak sepertiku.
Pada pukul 2.30 pagi kami pun bertolak balik ke Melaka. Tiba di rumah pukul 4.00 pagi dan pada pukul 6.00 pagi terpaksa bangun pula ke sekolah. Memang aku tidak pernah mengambil cuti atau kesempatan kerana aku mengajar murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Sebelum ke sekolah, aku sempat berpesan kepada anakku agar cepat bersiap untuk ke hospital Alor Gajah. Aku balik ke rumah ,kebetulan masa free "tidak mengajar" dan murid-murid tahun 6 Mawar di SKDN telah dibekalkan kerja-kerja dan harapan mereka membuatnya sementara aku ke hospital.....bersambung.
No comments:
Post a Comment