Berbalik peristiwa semalam, setelah kedua-dua side mirror rosak, kami pun berhenti, van itu pun berhenti. Setelah berbincang , maka aku dan pemandu kereta Viva itu akan menyelesaikan perkara ini kemudian kerana sudah hampir maghrib. Dalam pada itu, dia pun bertanya , " Dari Sabah?". Mungkin melihat nombor pendaftaran keretaku. Dia memberitahuku dia pinjam kereta saudaranya mungkin alasan supaya aku membayar ganti rugi.
Aku memberikan nombor telefon bimbit dan memberitahu di mana aku mengajar dan tinggal. Akhirnya kami setuju untuk membaiki sendiri kerosakan. Aku menunggu juga panggilannya kerana bertanggungjawab atas insiden ini. Sebelum bersurai, sempat juga dia menasihatkan anakku agar memandu dengan berhati-hati. Aku juga ingin menasihatkan dia agar berilah laluan kepada pemandu lain agar insiden seperti ini tidak terjadi namun ku pendamkan sahaja kerena itu adalah takdir dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Esoknya, aku dihantar oleh suamiku ke sekolah, alasannya ingin mencari barang. Rupanya-rupanya dia marah pada masa aku telefon memberitahu kejadian itu. Katanya, bayar sahajalah. Sementara aku mengajar kelas Asnaf, dia mencari alat ganti di Kuala Selangor. Hendak dijadikan cerita, kebetulan dia disapa oleh seorang pemuda, "Assalamualaikum, cari side mirror?" . "Ya, jawab suamiku. Entah siapa anakku langgar semalam agaknya". "Dialah yang langgar kereta saya". Side mirror dia pun macam side mirror keretaku , belum dapat dibetulkan. Itulah takdir namanya. Pengajaran daripada peristiwa ini jangan kita berbohong mengatakan kereta pinjam padahal kereta sendiri. Akhirnya tembelang pecah juga tanpa disangka.
No comments:
Post a Comment