Saturday, September 1, 2012

Di sebalik ucapan persaraan Guru Besar SKSS

  Sambutan majlis persaraan En. Adnan bin Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh kali ketiga telah dibuat di sekolah pada malam 29 Ogos. 2012.  Kali ini diraikan dengan ahli keluarga warga SKSS dan 20 jemputan JKK kampung termasuk datuk penghulu.
  Kemeriahan bermula dengan anak-anak kecil berlari-larian berjumpa dengan rakan sebaya serta guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG dan jemputan yang hadir.  Didahului dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan wakil guru, tayangan video ucapan persaraan dari guru-guru penolong pentadbir, ketua panitia dan murid-murid yang dihasilkan oleh juruteknik makmal komputer dengan kerjasama ajk yang dilantik.  Terdapat juga temubual atau wawancara dengan isteri beliau mengenai hobi dan perancangan selepas bersara.
   Ungkapan beliau yang menarik hatiku ialah kalau guru tidak berminat untuk mengajar, mintalah berkhidmat di PPD atau Jabatan.  Seterusnya beliau menyatakan cukuplah sekadar 34 tahun beliau berkhidmat dan pencen pada umur 55 tahun.  Mungkin beliau ada perancangannya sendiri.  Pesanan beliau kepada guru-guru muda berkhidmatlah dengan dedikasi demi anak bangsa.
  Pesanan ini mengingatkan aku bahawa bukanlah aku ingin berkhidmat sehingga 60 tahun. Aku sebenarnya ingin menikmati perkhidmatan yang lebih panjang kerana aku masih keberhutangan pinjaman perumahan selain ingin menebus kerugian di sepanjang perkhidmatan PPPLD di mana guru-guru kelulusan STP kerugian 15% ,ketika di DG 29 terlepas kenaikan DG32 ,gaji  kenaikan tahunan yang lebih rendah daripada DG 41 sehingga sekarang terngiang-ngiang cebikan rakan yang tidak melanjutkan pelajaran menikmati kenaikan gaji lebih daripada guru yang telah melanjutkan pelajaran.  Aku berharap dengan semangat dan harapan , kubina pertahanan memperteguhkan jiwa meranduk liku-liku perjalanan dan menempuh segala cabaran , inovasi atau paradigma terkini pendidikan negara.  Moga-moga Allah memberkati usahaku di samping dapat  kulunaskan harapan dan impian yang belum dapat dirungkai.
                         persediaan awal - khemah-khemah untuk jemputan
                                        hadirin dan hadirat yang hadir

                 ucapan mantan guru besar yang bersara pada 21 Ogos 2012
                    tayangan video - temubual dengan isteri beliau

                             Sesetengah tetamu makan di kantin sekolah


No comments:

Post a Comment