Seperti selalu , singki di dapur ini tersumbat tetapi hari ini sedang aku memasak tetiba sahaja air bertakung di lantai. Nasib baik perasaan. Menjerit aku sehingga suamiku terkejut. Tersumbat pula saluran air ini. Rupa-rupanya saluran air dari singki bersambung dengan mesin basuh.
Kali ini air melimpah di lantai dapur. Tidak boleh dijolok dengan dawai atau lidi mesti ada pengepam air. "Rasa-rasanya ada pengepam air", kata suamiku. "Mana ada, tukan kat rumah Melaka?", jawabku.
Maka akupun memberi cadangan agar beli pam di Parit Baharu. Macam-macam pula dugaan minggu ini. Minggu lepas, kereta Unser meragam dah duduk dalam bengkel, semalam side mirror pecah, dan hari ini salur air pula tersumbat.
Setelah dipam, barulah air boleh mengalir. Oleh sebab takungan air itu, maka aku terpaksa membasuh lantai dapur yang kukira melekit. Pelik juga bagaimana lantai di rumah ini boleh lekit. Mungkin bawaan air laut sebab rumah atau kuarters guru ini dekat dengan laut. Jadi tak semena-mena aku terpaksa membasuh lantai dan membeli pam tandas. Dulu, beli pelapik tandas. Yang peliknya pelapik tandas di rumah sendiri lebih murah daripada pelapik tandas di kuarters yang kudiami ini.
No comments:
Post a Comment