8/9/2012 jamuan Hari raya di kelasku. Atas permintaan, aku memenuhi kehendak murid-muridku. Sate adalah menu utama, selain kek, bihun dan mi goreng adalah sponsor daripada ibu bapa mereka selain daripada kuih-kuih raya.
Aku pula memesan sate melalui sms sahaja. Penjual sate itu meminta ku mengambilnya sendiri. Pagi-pagi lagi, murid-muridku yang ringan tangan membantu membuat backdrop - membantuku melukis huruf mengikut masternya, menggunting manakala aku menampalkannya "JAMUAN AIDIL FITRI 4 USAHA" di papan putih. Sementara murid lain membancuh air oren sunquick dan membeli ais. Pandai-pandailah kamu membuat air sebab air , sunquick, bekas dan senduk telah kusediakan.
Tibalah masa untuk mengambil sate yang dipesan melalui nama "Yati Sate" . Aku betul-betul bertanya kepada muridku yang mengetahui rumah si penjual sate itu. Maka salah seorang murid lelaki memberitahu dia tahu akan rumah Yati Sate itu. Maka akupun membawa tiga orang murid sebagai peneman tambahan pula mereka berebut-rebut handak menaiki keretaku.
Berdasarkan maklumat dan tunjuk arah, aku pun berhenti ke rumah yang diketahui tadi. Kulihat tak seperti rumah penjual sate. Rupa-rupanya salah rumah. Maka anak si empunya rumah itu pun menunjukkan rumah yati sate. malangnya , maklumat tak lengkap, maka salah lagi. Aku cuba menelefon si penjual sate namun tak diangkatnya. Seterusnya aku pula bertanya kepada salah seorang penduduk di situ. Dia pun memberitahuku. Aku tidak pasti. Maka akupun sebut bangunan atau apa-apa tanda yang boleh dikenalpasti. Dalam pada itu aku pun menyebut sekolah agama dan dia pun memberitahuku rumah ketiga.
Akupun menuju ke tempat itu dan aku bernasib baik rumah si penjual sate terletak di tepi jalan dan nampak anaknya sedang mengipas sate. Syukurlah, kalau tidak tak makanlah sate , murid-muridku!. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah beritahulah maklumat dengan lengkap agar senang dicari atau dijumpai destinasi yang dikehendaki manakala kepada anak muridku pastikan anda benar-benar tahu.
No comments:
Post a Comment