Peristiwa ini benar-benar berlaku kepada anak keduaku. Pada masa itu, dia bersekolah di KISAS- Kolej Islam Alam Shah pada tahun 2008. Pada mulanya, dia memberitahuku bahawa dia demam. selepas seminggu dia memberitahu demamnya belum baik.
Tiba-tiba, suamiku mendapat panggilan telefon mengatakan dia demam teruk. panggilan pukul 9.00 itu mengejutkanku. Apalagi aku bingkas bangun dan meminta suamiku pergi ke Kelang. Pada masa itu, kami tinggal di Melaka. Maka suamiku mengatakan jauh dan meminta warden asrama membawa anakku ke Hospital. Melalui telefon, anakku telah dbawa ke hospital.
Aku pula mendesak suamiku agar pergi sendiri tetapi dia keberatan. Aku pula dengan lelehan air mata memaksa suamiku. Lebih kurang pukul 11.00 malam kami bertolak dengan menaiki kereta Unser. Dia memandu kereta dengan laju sehingga berbunyi tayar kereta. Anak sulungku dapat mengagak tentu suamiku marah terhadapku.
Setiba di Simpang Ampat, suluhan lampu memaksa kami berhentu ke tepi. Kami ditahan kerana memandu melebihi had. Maka dengan lembutnya, suamiku memohon maaf dan memberitahu anak kami sakit dan berada di Kelang. Tanpa banyak bicara, kami dibenarkan meneruskan perjalanan ke Kelang.
Lebih kurang pukul 1-00 pagi, kami sampai di muka pintu. Pintu pagar sekolah ditutup. Aku pun memberi salam, malangnya tak seorang pun pengawal ada di situ. Kebetulan ku lihat ada tiga orang pelajar asrama putera sedang berjalan. Aku pun memberitahu mereka bagaimana hendak masuk melihat anakku yang demam. Melalui mereka, kuketahui ramai pelajar yang demam lebih kurang sepuluh orang.
Salah seorang daripada mereka membuka pagar dan membenarkan kami masuk. Menurutnya lagi, mak cik masuk sahaja, nanti adalah pengawal di pintu masuk asrama. Setiba di asrama, kulihat lampu terpasang, keadaan terang benderang , kipas angin berpusing, malangnya tak seorangpun pengawal yang ada. Suamiku pula meminta aku balik sahaja memandangkan tidak ada apa-apa yang boleh kami lakukan. Aku pula enggan dan tidak berpuas hati kerana bukan mudah alang-alang dah sampai mesti selesaikan masalah ini...... bersambung.
No comments:
Post a Comment