Semalam 31 Ogos 2012, ketika negara kita mencapai kemerdekaan, aku pula dihimpit insiden. Entah mengapa, Allah sahaja yang Mengetahui-Nya. Yang pastinya kita harus mengambil iktibar dari kejadian semalam.
Balik daru rumah terbuka sempena Hari Raya dan Hari Ulangtahun perkahwinannya, aku memenuhi undangannya. Aku mempelawa suami dan anak sulungku. Suamiku enggan pergi kerana ada perkhemahan di sekolahnya. Manakala anak sulungku pada mulanya enggan pergi tetapi kupujuk dengan alasan aku yang memandu.
Meskipun anakku mempelawa ayahnya sekali lagi namun siayah tetap dengan pendiriannya. Anakku pula sanggup menawarkan diri memandu kereta Viosku.
Pada awalnya perjalanan berjalan lancar tetapi kesukaran mencari rumah walaupun telah disertakan peta. Maklumlah kawasan kediaman itu asing bagiku. Akhirnya kami tiba dengan selamat apabila menggunakan GPS dan kebetulan bertembung dengan rakan sekolah yang baru balik dari rumah itu.
Kami bertembung dengan ramai guru SKSS. Tetiba En Mohd Adnan, mantan guru besar bertanya," Mana ustaz?". Sambil lewa kujawab, "tak larat" , katanya. Tak Larat makan?. Selepas menjamah sate, rojak, roti canai dan kelapa muda , kami pun beredar.
Dalam perjalanan itu, berbuallah aku dengan anakku. Kali ini, dia memandu begitu laju antara 120 -140km. Aku biarkan sahaja kerana aku rasa tidak ada apa-apa. Setiba dalam perjalanan ke Sabak Bernama, tiba-tiba sebuah lori memakan jalan kami, anakku sempat membrek. Aku pun berkata kepada anakku, kita mesti berhati-hati, kita tak jangka apa akan berlaku di hadapan kita.
Perjalanan diteruskan hingga menuju ke Simpang Bagan Nakhoda Omar, di situlah sebuah lori berhenti untuk mengambil buah kelapa. Anakku mengikut sebuah van di belakang, van itu memakan jalan dan nasib kami tak baik apabila bertembung dengan sebuah Viva. Pertembungan itu menyebabkan side mirror dengan side mirror pecah. Namun kami bersyukur tidak tercalar atau kemek mana-mana badan kereta dan yang paling penting sekali tidak ada kemalangan jiwa.
Aku pada masa itu agak marah juga kepada pemandu lori itu kerana pintu lorinya terbuka menyebabkan pemandu lain terpaksa memakan jalan untuk mengelakkannya. Pengajaran daraipada insiden ini ialah kita harus berhati-hati. Bukan sebelah pihak sahaja semua pengguna jalan raya.
Dah perbaik cermin ini, harga cermin RM55 dan side mirror RM75 ,pasang RM10...jimat duit aku daripada beli yang baru RM250. Nasib baik side mirror tu berfungsi dan ku kutip semula cover side mirror yang tertanggal.
ReplyDelete