Sejak berpindah ke SKSS, aku berpeluang mengikuti perkhemahan tahun 6. Tahun lepas, aku bertugas pada waktu petang sebagai pendaftaran dan membantu memasak, pukul 6.00 petang bertolak ke rumah di SBPI, Sabak Bernam.
Tahun 2013 ini, 19/10 pula bertugas untuk mengawasi murid-murid untuk masakan rimba. Aku hadir awal pagi pada pukul 9.45 pagi terus ke jeti untuk melihat murid-murid belajar asas berkayak. Teringin pula nak berkayak. Pada mulanya melihat semua murid berkayak. Ada 25 kayak, mrid berpasangan , hanya 24 kayak digunakan dan satu kayak yang lain digunakan oleh seorang guru untuk mengawasi murid yang terlibat. Seramai 4 orang guru yang lain mengawasi mereka selain sebuah bot enjin sangkut digunakan untuk mengawasi semua murid.
Cikgu lelaki yang mengawasi ialah Tn Hj Hanafi, Shaminan, Hakimi, Muzairi selain guru perempuan Pn Halizah, Siti Saniah dan Pn Kamariah. Aku dan beberapa orang guru perempuan yang lain turut menyibuk sahaja. Aku naik bot enjin sangkut 2 kali.
Setelah semua murid seramai 70 orang yang berkayak, aku ikut serta kumpulan ketiga. Baru nak belajar berkayak dah berusia begini agak susah juga. Tetapi tak apalah pengalaman mesti dibuat mengikut pengetahuan. Cuba-cuba ajalah....berkayak dengan anak Cikgu Halizah yang berusia 8 tahun. Kayak pergi ke kiri dan ke kanan. Kemudian mengundur ke belakang, nak maju ke hadapan tak tahu pula, tersangkut pula ke tebing, terpaksa dibantu oleh Tn Hj Hanafi. Tak lama pun cuma sekadar suka-suka sahaja. Syukurlah ada pengalaman berkayak di sungai .
Menurut pemandu enjin bot sangkut itu, dia membawa penumpang dari Sungai Sireh ke Sungai Dusun , Hulu langat Selangor selama 4 jam. Ramai pelancong dari luar negara seperti Jepun berkayak di sini. Di Homestay Sungai Sireh ini ada kemudahan dewan, surau, tempat berkhemah dan bilik air. Ada kemudahan berkayak dan perkhidmatan bot enjin sangkut dan bot , selain memberi pengetahuan tentang kehidupan di kampung seperti bersawah padi, memancing , permainan tradisional dan sebagainya.
Semua murid tahun 6 SKSungai Sireh berpeluang melengkapkan diri dengan aktiviti perkhemahan dan berkayak.
semua murid dah sampai ke garisan penamat, 2 kilometer dua hala
Semua murid dengan pendayung kayak
Bersama cikgu-cikgu Pn.Norlisham, Pn. Nur Falida dan Pn Halizah
Sempat ergambar bersama dengan Jurulatih berkayak Tn Hj Hanafi
baru nak belajar berkayak pada usia ini....hehehe
kayak ditolak oleh jurulatih, baru nak mula....
No comments:
Post a Comment