Untuk menjaga kesihatan dan aku rasanya sauna ini penting, maka aku pun meminta berkongsi dengan suamiku. Setelah ditelefon, agen Omizu ini datang ke rumahku dan membuat demo. Aku dan suamiku mencubanya selama 20 minit . Aku kira eloklah untuk mencairkan lemak dalam badan kerana pada saat umur meningkat senja perlulah menjaga kesihatan.
Tambahan pula, aku mendapat tahu aku rakan sejawatku yang pergi ke spa sekali perkhidmatan RM50.
Dengan itu aku pun bersetuju membelinya. Pada awalnya, banyak bahan-bahan yang ku isi dalam periuk sauna ini. Oleh kerana banyak muatannya seperti daun pandan, dan serai, maka airnya melimpah dan terkeluar dari periuk itu, maka periuk itu rosak. Sukar juga aku mencari agen tersebut berdasarkan telefon dan alamat kerana semasa itu aku tinggal di Melaka sedangkan agen tersebut di Perak.
Jadi puaslah aku mencari kedai elektrik untuk membaikinya. Aku bernasib baik kerana ada sebuah kedai elektrik di Masjid Tanah boleh membaiknya. Aku hanya perlu bayar RM50.00. Atas kejadian tersebut, aku mula membaca dan meneliti cara-cara menggunakan periuk itu, rupa-rupanya hanya berat 50 gram sahaja yang boleh ditambah air bersama di dalam periuk itu.
Semenjak kejadian itu, aku memberi ramuan mencairkan lemak, mencantikkan kulit dan melegakan kesakitan setiap kali bersauna dari produk Sendayu Tinggi.. Aku pun jarang-jarang membuat sauna, kalau rajin 3 kali sebulan atau sekali sebulan. Kalau aku rasa letih dan rasa tidak bersemangat , barulah aku bersauna. Semoga aku diberi kesihatan yang baik. Jom kita kaum perempuan bersauna untuk menjaga kesihatan.
Sekotak ramuan untk mencairkan lemak ini harganya Rm35.70 harga ahli
Sekotak ramuan untuk mencantikkan kulit RM35.70 untuk ahli Sendayu Tinggi.
balik daripada mengerjakan haji pada 14 September 2018, semua anggota dan badanku sakit-sakit tambahan pula sibuk membuat persiapan kenduri doa selamat dan bertunang buat anak sulungku. Aku terpaksa bersauna selama 2 kali dan berurut dua kali, Alhamdulillah turun sedikit gula dalam darah (diabetis ) dan rasa ringan sedikit bandanku . Tetapi masih terasa sakit di bahagian bahu.
ReplyDelete