Thursday, October 17, 2013

Mangga, Oh, Mangga!

Kalau tinggal di kampung dan mempunyai tanah , usahakanlah sama ada hendak bercucuk tanam atau menternak binatang.  Tanahku yang sekangkang kera itu, selain ku bina rumah sendiri dengan pinjaman kerajaan, aku juga bercucuk tanam.
  Pokok yang menjadi hanyalah sedikit.  Banyak halangannya untuk terus hidup, usahlah aku ceritakan.  Namun pada tahun ini, sku bersyukur kerana pokok durianku telah berbuah sebelum Hari Raya Puasa.
  Kini tanpa diduga, sebatang pokok manggaku  telah berbuah.  Bertahun aku menunggunya.  Buahnya pula besar-besar.  Ada yang beratnya sekilo lebih, setelah ku timbang ada 1kg 400g dan ada 1kg 600g.  Banyaknya buah, kami petik anak-beranak kerana untuk memetiknya memerlukan ketelitian. Oleh kerana pokoknya tinggi, kami terpaksa menggunakan tangga, baldi dan galah untuk menadah buah mangga itu, kalau jatuh ke tanah, ia akan pecah. Teknik yang paling berkesan ialah dengan mengait buah mangga tersebut dan menadahnya dengan kain yang direntangkan . Kain yang direntangkan memerlukan dua orang supaya dapat mangga itu jatuh ke atas kain itu.
  Nah, inilah hasilnya !.  Buahnya sedap, isinya halus dan manis.  Isi yang masak akan berwarna kuning.  Syukur Alhamdulillah dapatlah mengagihkan kepada beberapa orang jiran dan saudara -mara.  Sempat jugalah aku membawanya ke SKSS untuk rakan sejawatku merasai mangga itu. Semoga pokok ini terus membuahkan hasilnya.


 

Untuk memetik mangga ini memerlukan 4 orang, seorang pegang tangga, seorang mengait buat dan 2 orang menadah buah mangga yang dikait dengan kain yang direntangkan.

1 comment:

  1. Sayangnya pokok manggaku ini. Hanya berbuah sekali selebat-lebatnya tetapi semasa aku balik bercuti pada bulan Disember 2013, daun pokok ini luruh. Aku ingatkan bertukar daun, rupa-rupanya sudah hendak mati. Tambhan pula sekarang musim kemarau, memang sahlah pokok mangga ini dah mati.

    ReplyDelete