Sebenarnya, guru besar SK Dato' Naning sibuk menyuruh aku segera ke Sabah memandangkan tarikh 16 Mac sedangkan aku masih menunggu surat. Akhirnya aku menelefon Jabatan Pendidikan Melaka,, nak tahu katanya tidak perlu tunggu surat , terus pergi ke Sabah. Mana sekolah nak dituju? Kemudian aku dapat panggilan telefon daripada Jabatan pendidikan Sabah, bertanya suami, kerja apa? Seterusnya menerima telefon daripada Pejabat Daerah Pendidikan Lahad Datu. Akhirnya, aku ditempatkan ke SK Sahabat 4.
Maka , aku kemudiannya ke Jabatan Pendidikan Melaka mohon dibelikan tiket namun aku diberitahu tidak ada peruntukan sebab suamiku sudah beli tiket dan barang-barang kargo telah diuruskan. Dengan hati yang hampa, aku beredar. Kemudian suamiku menempah tiket untuk aku dan anak bongsuku ke Tawau dengan biaya sendiri. Akhirnya, kami terbang dengan Air Asia di LCCT ada awal pagi pukul 7.20. Aku bertolak dari rumah kakakku di Taman Bukit Angkasa , Pantai Dalam pada pukul 5.00pagi , check in sebelum pukul 6.40 pagi.
Setelah mengajar di SK Sahabat 4 dari 19 April 2010 hingga 1 Februari 2012, permohonan pertukaran diluluskan, aku menangguhkan lagi kerana menunggu surat rasmi dari Jabatan Pendidikan Sabah. Kabatan Pendidikan Sabah masih lambat lagi , terpaksa menelefon, akhirnya pada 1 Mac 2012, aku meninggalkan Sabah. Suamiku datang ke Sabah untuk untuk menguruskan kereta , maklumlah aku seorang perempuan dan agak kekok apabila hendak menguruskan semua itu. Tiket ditempah pada 1 Mac, tetapi aku meninggalkan SK Sahabat 4 pada 26 Februari 2012, bermalam sehari di Hotel Dynasti Silam , Lahad Datu . Pada 28/1/2012 menuju ke Kota Kinabalu untuk menguruskan kereta. Kami bersiar-siar di Pulau Penyu, Menumbuk dan Beaufort sebelum kereta diambil pada 29 Februari untuk dihantar ke kargo dengan kapal laut, bayaran untuk kargo RM1900.
Tepat pukul 11.20 pagi , kami meninggalkan Hotel Gaya menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 1 Mac dan terbang ke LCCT dengan Air Asia pada pukul 12.40 tengah hari akhirnya kami tiba . Mahalnya parking kereta RM 200 di LCCT selama 4 hari.
Syukurlah selamat kembali ke Semenanjung. Banyak sungguh belanja semasa aku pergi dan balik dengan biaya sendiri. Untuk dapatkan claim daripada Jabatan Pendidikan tidak boleh kerana syarat-syarat yang telah ditetapkan , dapat pula kita suami-isteri penjawat awam.
Bergambar dengan murid-murid tahun 6 selepas UPSR 2011
Hari penyampaian Hadiah 2010Jamuan kesyukuran kerana mendapat keputusan Guru Cemerlang 2010
Doa kesyukuran.
Jamuan di Bilik Gerakan, SK Sahabat 4
No comments:
Post a Comment