Dalam episod pengajaran dan permbelajan atau pengajaran dan pemudah cara atau apa-apa yang berkaitan dengan pembelajaran, membuat jus belimbing adalah suatu janji yang terpaksa aku penuhi setelah dituntut oleh muridku tahun 1 Arif. Ingatkan janji mereka kan aku penuhi tetapi janji mereka padaku hampeh sebab aku dah pesan bawa buah belimbing. Semasa berjanji semuanya angkat tangan, bawa buah dan cawan.
Pada 5 November 2014, maka akan pun masuk ke kelas dengan harapan janji muridku benar. Alangkah terkejutnya aku, hanya 2 orang sahaja yang membawa buah belimbing,bagaimana hendak buat jus jika semua muridku berjumlah 27 orang. Aku telah pun membawa segala peralatan untuk membuat jus belimbing seperti penyambung plug ,blender, tapis, surat khabar , air gula, buah oren 8 biji, air masak 3 tupper besar. menyingat aku dibuatnya bebudak ni.
Oleh kerana hendak menjalankan juga pdp dan memenuhi janjiku, maka aku meminta Cikgu Amirul membeli buah tembikai di pasar yang berdekatan dengan sekolahku. Harga buah tembikai RM15 ringgit. Nasibku baik kerana ada murid tahun 6 yang datang membantuku. Mereka seramai 3 orang sukarela membantuku kerana mereka pun baru selesai pasca UPSR.
Murid tahun 1 ni berebut-rebut hendak membantuku. Namun aku memilih mereka yang boleh diharap untuk membasuh buah belimbing dan buah oren.Sementara aku membuat jus belimbing, mereka mengelilingiku dan melihat cara -caranya kemudian aku memberi mereka minum jus tersebut setelah ditambah air dan sedikit air gula..
Buat jus belimbing dahulu, oleh kerana 2 bjiji , tambah air gula, tambah air dapat minum seorang sedikit.
Buat buah jus oren pula...
Buang kulit oren, ambil isi sahaja
Bender semua isi oren
Tapis oren yang telah diblender dengan penapis, kalau nak makan pun boleh.
Tambah air gula dan air mineral atau air masak yang dibawa oleh guru, diragui muridku bawa air paip yang tak dimasak.
Pembantuku , 2 orang murid tahun 6 mengopek dan mengambil isi tembikai untuk membuat jus tembikai
Berebut-rebut nak rasa jus belimbing, jus oren dan jus tembikai...alahai muridku membawa tak mahu, gelas dipinjam dari kantin dan ais kutip sesiapa yang hendak beri RM1.00 sahaja beli di kantin sekolah
Begitulah karenah muridku , semoga pdp ini dapat memberi manfaat kepada muridku dan masa yang telah diambil untuk pdp ini ialah satu setengah jam atau i jam 30 minit, Kalau seorang guru agak sukar juga, sementara aku membuat jus, murid tahun 6 membantu mereka menyebut , mengeja dan membatangkan perkataan -perkataan yang telah ditetapkan seperti tembikai, oren belimbing, jus dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment