Dalam pada itu, aku pula terpaksa menghadiri mesyuarat pemeriksa kertas penulisan dan sebagai pemeriksa kertas pendidikan awal kanak-kanak, maka masa pasca UPSR semakin berkurang. Adapun aku cuba terapkan amalan kesihatan iaitu gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan cara-cara pemakan yang sihat serta senaman. Malangnya murid-murid tidak berminat, diminta aku menayangkan filem Melayu yang didownload dari youtube. Aku membawa LCDku, speaker, CD ROM dan pendrive yang memuatkan perisian filem tersebut dan menyangkan di dewan sekolah yang seluas sebuah bilik darjah.
Kemudaian, aku menayangkan pula filem "Dugaan Negara " dan Kemerdekaan Malaya' tujuanku untuk menanamkan semangat patriotik di kalangan mereka. Filem yang ku tayangkan adalah filem hitam putih yang menunjukkan kehidupan tahun -tahun sebelum kemerdekaan Malaya , Kehidupan pada zaman Jepun, Komunis dan semasa hendak menuntut kemerdekaan. Puas dipujuk agar melihat filem ini dan bandingkan dengan kehidupan mereka masa kini. Murid-murid sekarang memang tidak mahu mengenal sejarah, pada hal daripada sejarahlah kita dapat membina semangat jati diri yang kental.
Kemudian sibuk pula buat persiapan untuk Jamuan Perpisahan Tahun 6, dan akhirnya Jamuan Kelas Tahun 6 Bestari. Memang selalunya kelasku ada backdrop. Backdrop ini ku buat bersama-sama dengan murid kelas Tahun 6 Bestari. Semua huruf (master) ada dalam simpananku, gunting , kertas warna dan sugar paper, Aku bertnasib baik kerana mereka berminat pula dalam kerja-kerja begini. Dalam melakukan kerja ini barulah kita ketahui kemahiran mereka. Ada yang tidak berapa pandai dalam menekap, menggunting huruf, menampal dan menyusun huruf-huruf supaya menjadi perkataaan dan seterusnya menjadi tajuk .
Syukurlah, akhirnya siap juga backdrop yang mudah dan perbincangan menu jamuan kelas.Ada antara mereka yang hendak membawa kek, mi kuah,, air gula, jus, mi kung fu, kuetiau, agar-agar , buah dan sebagainya. Jamuan telah ditetapkan pada 7 November 2014.
Persediaan backdrop Jamuan Perpisahan Tahun 6 Bestari 2014
Persediaan Jamuan Perpisahan Tahuan 6 2014
No comments:
Post a Comment