Pertukaran suamiku ke Melaka telah menyebabkan aku berulang-alik ke kuarters SBPI Sabak Bernam mengemas dan packing barang-barang. Berbeza pertukaran dari Felda Wilayah , Lahad Datu , Sabah semua barang dipacking dengan kargo dan tinggal kereta Vios kerana dalam bengkel.
Pada minggu akhir persekolahan, tentulah sibuk. aku meminta suamiku mengangkat semua barang pada masa cuti sekolah. Disebabkan pengetua baru dah dapat watikah pelantikan dan akan mendiami rumah tersebut, maka barang-barang kami dari Sabah perlu dipindahkan . Rumah itu perlu dikosongkan untuk penginapan beliau.
Sebenarnya, telah lama aku beritahu suamiku supaya membawa balik barang-barang sedikit demi sedikit dengan kereta kerana dia terpaksa bertugas di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Dato' Bendahara, Jasin dan SBPI Sabak Bernam. Namun nasihatku tidak diendahkan.
Kali pertama, aku balik ke Sabak pada 24 Oktober 2014 bersama-sama dengan ibuku dan ketiga-tiga orang anakku. aku membawa semua ahli keluarga supaya memudahkan mereka packing barang dan membawa balik barang masing-masing sedikit demi sedikit. Masalah yang bertindan-tindih ialah pakaian dan buku-buku atau nota-nota mereka yang belajar di UiTM, semuanya dilonggokkan di bawah tangga dan di dalam kotak. Tidak banyak yang dapat dipacking tambahan pula gigiku sakit. Anak-anak hanya dapat menyusun barang-barang mereka anggaran 6 kotak sahaja. Semasa balik , aku membawa sedikit barang-barang di dalam keretaku , begitu juga suamiku.
Kali kedua , aku balik ke Sabak Bernam dengan ibuku dan anak bongsuku pada 16 November 2014.. Kami mengemas habis-habisan supaya semua barang dapat dipacking. Letih rasanya apabila semua barang dipacking hanya dengan 3 orang atau 5 lima sedangkan semua tenaga tidak digunakan sepenuhnya. Hanya aku seorang sahaja yang melakukan sepenuhnya mana nak memandu balik ke Melaka dan seterusnya bertugas di sekolah. Memang kali pertama dengan sakit gusi sehingga aku terpaksa ambil MC dan CRK. Kali kedua juga ambil CRK kerana terlalu penat.
Setelah semua barang-barang besar dipacking, maka barang-barang itu akan dimasukkan ke dalam lori 3 tan. Malangnya , barang-barangku tidak muat dengan muatan lori tersebut. Suamiku balik dengan sarat muatan keretanya barang-barng kecil termasuk hadian-hadiah yang didapatinya.
Barang-barang sampai pada 23 November, mereka bertolak dari Sabak Bernam, pukul 9.00 pagi dan tiba hampir pukul 1.30 petang. Aku meminta pertolongan sepupuku dan emak saudaraku memasak di rumah kerana untuk menguruskan semua itu aku tak mampu. Aku seorang sahaja bersama dengan anak bongsuku yang sedang menghadapi peperiksaan SPM, kekadang aku rasa bersalah pula mengganggu dia yang berperang denngan SPM. Oleh sebab tak ada saudara-mara yang berhampiran dengan rumahku, aku meminta 3 orang muridku iaitu Firdaus, Mohd Syafiq Sahrul dan Mohd Zanizam membantu mengangkat barang-barang yang boleh diangkat sepadan dengan kekuatan dan tenaga mereka.
Kali ketiga aku ke Sabak Bernam pada 26 November 2014, kali terakhir aku mengemas rumah , menyapu, membasuh lantai di dapur dan membuka semua langsir serta peralatan yang kecil-kecil seperti ambil baju, pinggan mangkuk, baldi, bakul-bakul baju dan sebagainya. Oleh kerana muatan kereta terlebih, ada barang yang kami tinggalkan seperti kipas angin 2 buah, tempat letak kasut, baldi, mop, penyapu. Biarlah barang-barang itu menjadi tanda bahawa kami pernah tinggal di rumah pengetua SBPI Sabak Bernam dari tahun Disember 2011 hingga November 2014.
No comments:
Post a Comment