Dah beberapa kali aku terserempak dengan lembu di dalam kebunku siap dengan tahinya sekali. Tetapi aku belum terserempak dengan tuannya.
Hari ini Khamis 15/8/2013 aku sibuk mengemas kebunku. Marah kian membara. Marah dengan jiran sebelah, sampah sarap, tanam pokok menjahamankan pagarku , lembu pula dan kehilangan buah durian , cempedak serta rambutan. Tang rambutan aku tak kisah, bukan aku makan pun dan tak termakan tambahan pula banyak semut.
Baru hari ini , aku terserempak dengan tuan lembu siap bawa senapang. Hai, nak menembakkah? Kau yang menceroboh tanahku dan membawa lembu , aku yang nak ditembak? . Dengan muka tersengih , menyapa hai sahaja, muka sahaja hensem tetapi perangai...? Kalau dah terjumpa aku, mintalah kebenaran atau maaf, ni tak...manusia apa agaknya tak menghormati hak tuan tanah.
Pengajaran daripada cerita ini hendaklah kita meminta kebenaran hak tuan tanah bukan aku kedekut tetapi hormati pemilik, aku bayar cukai tanah dan aku pagar tanahku , mengapa kau robohkan pagar itu bawa masuk lembu?.....minta izin bak kata orang ada bahasalah sikit....hehehe
No comments:
Post a Comment