Tuesday, August 13, 2013

Ku Seru Namamu

Berbalik kepada cerita pokok buah-buahanku.  Sepeninggalanku selama sebulan, pokok durianku telahpun berbuah sulung.  Dapatlah aku merasa, taklah kempunan walaupun di dalam hati ada perasaan marah yang membara. kenapa tidak? Aku yang menanam, orang lain yang menuai.
  Begitu juga tanahku, bukan kedekut tetapi hormati hak kepunyaan orang.  Mengapa kita berjiran menyakit hati jiran.  Tanah bersebelahan, rumahmu bersih, tanahku dilonggokkan sampah, meskipun tanahku tak berpenghuni buat sementara waktu. Ditanam ubi, ubi dimakan , sampah ubi di buang di tanahku, segala sampah -sarap semua di tanahku.  Begitulah kehidupan...

       Pokok durianku masih ada sepuluh biji lagi di atas pokok.  Setiap hari ku seru, gugurlah kau buah durian sementara ramai yang ada menunggu di sini.  Bersyukurlah setakat ini sudah 7 biji gugur.  Tinggal 3 biji lagi di atas pokok dan tinggal dua hari lagi aku di sini. Semoga Allah memperkenankan doaku pagi ini sambil ku goyongkan pokok durian itu agar gugurlah pada hari esok.

       Bercerita pula dengan pokok cempedakku, banyaknya buah dan penatnya aku membalut buah-buah tersebut, apabila balik sebelum raya pada 4 Ogos 2013, ku dapati tinggal sembilan biji sahaja, 'apa nak kato", buah yang di atas pokok itulah rezekiku walaupun pokok itu di kebunku sendiri.  Apa nak buat , dalam terpaksa ku rela sedekahkah kepada pencuri...kalau tidak susah nanti di akhirat.  Semoga Allah memberikan aku hati yang suci bersih, tidak menaruh dendam kesumat kepada si pencuri.
             Semoga Allah mencurahkah rezeki yang banyak kepadaku dan ahli keluargaku serta seluruh umat Islam...aamiin.
 
setiap kali diseru gugur 3 biji, nanti nak seru lagi supaya gugur 3 biji sebelum balik.
Ku seru namaku hai orang-orang yang tak berperikemanusiaan, kasihanilah jiranmu , Ya, Allah kau berikanlah keinsafan kepadanya agar menjadi orang yang ada hati perut yang saling mengasihani jirannya, bukan menyakiti hati jirannya dan kepada si pencuri, kalau hendak makan pun biarlah dari hasil titik peluh sendiri yang halal.

No comments:

Post a Comment