Wednesday, August 14, 2013

Tak Disangka

Di kala usia semkin meningkat banyak pula peristiwa yang tak disangka berlaku.  Syukurlah ada juga yang mengingati hari ulang tahun kelahiranku.  Kebetulan tarikh hari lahir kami berdekatan, suamiku 26/7, kakakku 10/7, abang iparku 4/8 dan aku pula 10/8.  Dengan tidak disangka sebiji  kek telah dibeli oleh kakakku yang kebetulan beraya di rumahku pada tahun ini.
       Rezeki  jangan ditolak, terkejut juga dan tak disangka kerana aku yang sibuk  memasak di dapur untuk menjamu tetamu yang datang tidak menghiraukan semua itu.  Selalunya,  aku sahaja yang  mengingati hari lahir anak-anak. Hari lahir sendiri aku tak kisah, cuma  aku bermohon kepada Allah semoga memberikan aku kesihatan yang baik dan dapat memakbulkan permintaan dan kewajiapanku  yang belum dapat kutunaikan.
    Di kala usia semakin berkurang dan kudrat semakin lemah, diharap Allah memberikan aku kekuatan dan keimanan dalam meniti hidup yang semakin menghimpit hati dan perasaan.  Zaman sekarang terlalu banyak pancaroba yang menguji keimanan dan macam-macam cabaran yang terpaksa dihadapi.  Semoga Allah memberkati kehidupanku di dunia dan akhirat.
 

                        kek dipotong di rumah sepupu di Tangga Batu, Melaka
Semoga kami dipanjang umur, dimurahkan rezeki dan dapat berbakti kepada agama dan bangsa.....aamiin...Insha Allah.

No comments:

Post a Comment