Apa nak buat dengan buah-buahan yang banyak bersemut. Rambutan, dan durian . Cempedak senang sahaja. Letakkan di tengah panas, semut-semut itu akan pergi. Tetapi berlainan dengan durian dan rambutan. Sudah diketuk-ketuk beberapa kali,masih degil juga , tak mahu pergi. Hendak ku sembur dengan shieldtox takut bahaya.
Jadi, apa patut kubuat? Menurut hadis nabi atau orang tua-tua, aku pun tak pasti membunuh semut dengan menjirus air panas atau membakar berdosa tetapi aku tiada pilihan. Semut-semut ini dah terlalu banyak, aku pula dah terpaksa, sama ada aku kempunan tak dapat makan atau semut itu mati. Jadi, pilihan yang tepat ialah dengan membakar atau melayur buah durian itu supaya semut-semut itu pergi atau mati,maka jadilah durian bakar.
Kalau selama ini, kita digegarkan dengan Cendol Bakar, maka hari ini diperkenalkan dengan durian bakar bukannya isi durian dibakar cuma kulit sahaja dilayur supaya semut-semut berkeliaran begitu juga dengan rambutan kerana ada juga petua yang menyuruh supaya buah rambutan itu direndam dengan air garam sekejap tetapi hampeh , tak berkesan!. Adatak cara lain yang berkesan, kalau ada silalah beri pendapat anda di sini di ruangan komen, pendapat anda dialu-alukan , dihargai dan diucapkan terima kasih.
No comments:
Post a Comment