Dah lama aku menanti. Dah puas aku menunggu. Sabarku pun dah habis. Maka hari ini aku mengambil keputusan untuk membunuh kau. Kejamnya kau kepadaku. Harapkan besar dan tinggi sahaja. tetapi tak berhasil. Puas sudah aku menunggu dan menunggu, namun hampa.
Pokok mangga ini hanya berbuah 2 biji sahaja. Aku dah takik pangkal pokoknya tetapi tak mati. Maka hari ini ku kumpul daun-daun kering dan ranting-ranting kubakar pangkal pokoknya. Esok kusambung lagi untuk menakik lagi supaya kau mati sahaja, sia-sia sahaja aku menanam.
Pokok mata kucing ping pong ini pun harap harganya sahaja yang mahal . sepokok RM25. Dah besar sebiji pun tak berbuah, jantan agaknya. Lantaran itu, aku tebang sedahan, dahan-dahan yang lain ditebang oleh anak-anakku.
Seharian suntuk hari ini aku mengemas dari bilik tidur, pokok bunga dan pokok rambutan hingga pokok mangga. Banyaknya semut dan sarang semut. Buah rambutan semua bersemut. Hendak makan pun susah, durian dan cempedak pun bersemut. Oleh itu, ku tarik daun-daun kering dan ku bakar di bawah pokok rambutan , terkena pula gigitan penyengat dah bengkak tangan kiriku. Rupa-rupanya ada sarang penyengat di celah-celah pokok pisang, terpaksa aku sembur shieldtox. Ha, baru puas hatiku, banyaknya semut mati. Dahlah kau masuk rumahku. Penat aku sembur di bilik air dan di sekeliling rumahku. Suamiku pula dah sembur keliling rumah dengan racun semut. Banyaknya dah mati.
Setelah aku balik ke Sabak Bernam nanti kau bermaharajalela pula, nanti kau! Bila agaknya aku dapat kembali ke rumahku. Semoga Allah memperkenankan doaku dapat kembali bertugas ke Melaka sebelum aku pencen, lagi cepat lagi bagus dan sebelum aku kehilangan semangat dan kehilangan daya upaya untuk mengemas dan mengemas dan mengemas...kerja yang sama berulang-ulang...letihlah...
No comments:
Post a Comment