Sampai sahaja di rumah, sibuk mengemas, membeli pakaian anak-anak dan memgemas di luar rumah. Petang Rabu sibuk pula memasak rendang itik 4 ekor dan memasak ketupat segera sahaja. Raya pertama, duduk di rumah menunggu kakak tiba dari Kuala Lumpur. Raya kedua menunggu tetamu datang tak putus-putus. Raya ketiga ke Taman Berlian Biru dan Kg Melayu, Kluang , Johor. Raya keempat duduk di rumah.
Hari raya kelima ke Kuala Lumpur pula seharian. Aku mungkin duduk di rumah hingga hari Jumaat minggu kedua cuti persekolahan. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat-handai , saudara-mara dan kenalan.

No comments:
Post a Comment