Hari Jumaat, 1 November 2013 mengejutkan aku. Mengapa? Tetiba seorang muridku telah menjadi seorang tua. Bukan murid yang datang sekolah membawa beg tetapi bapanya. Dia masuk ke kelasku dengan menyerahkan beg sekolah yang penuh dengan buku teks.
Aku pun menyoalnya , mana anaknya? Menurut bapanya, anaknya sudah tidak mahu ke sekolah lagi sedangkan ada 2 minggu persekolahan lagi. Mengapa agaknya? Dia mahu tukar sekolah. Setelah menyerahkan buku teks anaknya, aku pun bertanya siapa mahu tanda tangan penyerahan buku ini, sayalah. Benar bendul bapanya, sampaikan dia sendiri sanggup menanda tangani, siapa yang guna buku teks? Dia atau anaknya. Begitulah senario anak-anak sekarang, tak hendak pergi sekolah. Ada lagi seorang anak muridku yang macam biskut chipsmore, kejap ada kejap hilang. Di hadapanku berjanji akan datang ke sekolah setelah 2 kali aku ke rumahnya. Alahai , macam anak tuan dan manja pula, anehnya, dia seorang murid lelaki. Maka tidak hairanlah kalau aku membuat kesimpulan, apa nak jadi generasi lelaki sekarang ni, malas nak belajar atau dengan kata lain menuntut ilmu.
Bercerita lagi murid-murid, hari ini dituliskan 33 oktober, bayangkanlah mana ada dalam kalendar, maka aku pun menyuruhnya melihat kalendar yang terpampang di papan kenyataan. Dah,markah kertas penulisan tersilap baca. Setiap bahagian A markah penuh 10. Aku tulis 06 dibacanya 60 , Markah penuh 60 disebutnya 67 / 60 . Mana logiknya markah yang didapati boleh melebihi markah penuh. Penat juga nak meneangkannya simbul % bermaksud perseratus.
Kadang-kadang nak ketawa juga, apabila salah seorang daripada mereka menyatakan susah juga nak jadi guru. Aku menerangkan memanglah susah dapat macam awak, nakal, tidak mahu mendengar kata, nasihat guru dan semuanya mahu dibimbing. Semoga mereka ada kesedaran untuk berubah. Beruntunglah guru-guru di bandar yang mendapat anak didik yang pandai. Begitulah nasib guru-guru yang tinggal di pendalaman atau di hujung kampung.
No comments:
Post a Comment