Impak pertukaran nombor telefon amatlah besar. Pertama , semua maklumat yang berkaitan dengan perkhidmaan seperti bank-bank, perkhidmatan dalam profesion perguruan , saudara -mara,sahabat handai dan sebagainya. Aku bernasib baik kerana sebelum pergi ke Satun, Thailand, suamiku telah memindahkan semua maklumat ke dalam simkad telefon, Simkad yang lain adalah untuk perkhidmatan atau komunikasi,
Aku terpaksa ke bank-bank untuk menukar nombor telefon bagi memudahkan perkhidmatan perbankan online. Pertukaran nombor telefon ini juga menyebabkan GPK HEM ku terpaksa menghubungi guru lain untuk menghubungiku. Begitu jugalah kesan yang amat mengejutkanku kerana kerani yang bertugas di BPSM, Putrajaya menyatakan sukar untuk menghubungiku. Aku pelik jiuga apabila faks yang dihantar ke Sekolah Masjid Tanah tertera salinan ke Jabatan Pendidikan Melaka, SK Masjid Tanah dan SK Sungai Sireh namun sampai sekarang surat pertukaranku ke Sungai Sireh tidak diterima.
Maka, pada 2 Januari itulah, aku menghubungi BPSM, bertanyakan surat pertukaranklu, menurutkannya aku tidak dapat dihubungi, Tetapi mengapa tak menghantar faks ke sekolah, kalau gagal menghubungiku, Lihatlah apa yang terjadi kepadaku? Memang surat pertukaranku bertarikh 27 Disember 2013 terlalu suntuk untuk sampai ke SK Sungai Sireh . Sudah pastilah surat itu melalui pengarah dahulu, kemudian ke PPD Kuala Selangor. Ia mesti mengambil masa yang lebih lama sekurang-kurangnya 2 minggu. Perisiwa ini jugalah yang berlaku kepadaku pada tahun 2012, di mana mengalir air mataku ketika terpaksa pulang semula mengajar di Sabah. Setiap kali perpindahan ke sekolah baru mestilah mengalir air mataku. Berbeza pula pertukaran ke Sungai Sireh, aku mendapat tahu sekolah dahulu tetapi surat pertukaran tidak dikeluarkan kerana masalah tertentu sehinggalah diberitahu melalui telefon dan difakskan ke SK Sahabat 4.
Apa-apa pun aku bersyukur walaupun terpaksa berkorban kerana suamiku di Sabak Bernam, aku dan anak bongsu di Melaka. Semoga Allah mendengar doaku dan memakbulkan permintaan agar suamiku akan dapat pindah ke Melaka jua akhirnya.....aamiin,
....HIDUP PENUH DUGAAN.... Ya, kalau tak kuat iman boleh tumbang.....Ya , Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan kepadaku.
No comments:
Post a Comment