Tindakan pantasku ialah menjawab sms GPK 1, SK Masjid Tanah, kalau beliau minta jasa baikku untuk menghadiri mesyuarat pada 31/01/2014 hari itu juga, aku pula minta pertimbangannya agar aku melihat surat pertukaran dan memberitahu berita pertukaranku hanya melalui telefon. Aku perlu selesaikan urusan barang-barang dan pertukaran persekolahan anakku. Aku hanya memberi maklumat melalui sms menyatakan bahawa surat rasmi pertukaran tidak ku terima.
Aku masih menangguhkan pertukaranku sehingga 6/1/2014. Masih berharap agar surat rasmi ku terima,malangnya sehingga sekarang surat tidak kuterima. Akhirnya pada 2/1/2014 aku memberanikan diri menelefon guru besar menerangkan status surat pertukaranku. Malangnya , aku disuruh daftar diri dahulu pada 2 Januari itu. Aku pula beranggapan membazir masa dan tenaga sahaja nak balik ke Melaka dari Sabak Bernam semata-mata melapor diri kemudaian balik semula ke Sabak Bernam. Mengalir air mataku apabila aku menerangkan bahawa aku menangguhkan tugas dan beliau menganggap aku ingkar dan 2 hari persekolahan itu aku ke mana? Tambah sedih hatiku kerana perpindahan mengejut begini. Penat dan memenatkan kerana kesuntukan masa.
Siapa yang harus dipersalahkan? Aku yang dah lali dengan kesukaran ini terpaksa menyelesaikan banyak masalah menjawab dengan selamba sahaja tetapi kesedihan dan kepedihan jawapan itu membuatkan air mataku mengalir. Pada 31/12/2013, aku sibuk mengemas kelas dan meja, aku membuat keputusan menelefon BPSM, akhirnya surat pertukaranku diemelkan kepadaku pada 2/1/2014. Aku bernasib baik kerana En Abdul Majid bin Ismail, guru besar SKSS , seorang yang bertimbang rasa dan memberi keizinan menyelesaikan masalahku sambil menasihatkan aku agar berhati-hati ketika memandu, maklumlah fikiran berserabut.
Renungan rentetan peristiwa ini:
..Semoga Allah memberikan aku ketabahan dan kesabaran dalam menempuh liku-liku kehidupan sebagai pendidik.
Terima kasih kepada guru besar yang prihatin terhadap anak buahnya atau guru-gurunya.
kepada petugas yang menjaga amanah untuk memberi maklumat atau penyampai surat , bertanggungjawablah agar perkara ini tidak menimpakepada orang lain. Kelalaian kita akan menyebabkan orang lain yang susah dan mempunyai anggapan yang salah.
No comments:
Post a Comment