Kain kubeli 9 meter cukup untuk enam tingkap kelas yang berharga RM 45 berserta dengan renda RM20. Setakat ini aku dah belanjakan kos beli cat RM60 ,makan muridku anggaran RM30 semasa mengecat dan menceriakan kelas. Kubeli alas meja RM40 dan bunga RM25. Kini , aku sibuk nak jahit langsir tersebut.
Suami tiba malam tadi, 25/1/2014 menegurku , "Belum siap lagi langsir ni?. Mana nak siap, sibuk dengan persediaan pemantauan PPD Alor Gajah, mesyuarat lagi dan lain-lain perkara yang menghalangku menjahit langsir.
Malam tadi , sibuk bertukar arah pula. Mula-mula dah siap jahit tepi, tetapi nak buat langsir melengkung pula. Maklumlah jemu, langsir lurus sahaja. Maka bermula dari pukul 9.00 malam hingga pukul 2.00 pagi menggunting semula dan menjahit tepi. kerja hanya selesai menjahit bahagian kepala langsir sahaja. Masalah juga apabila mesin jahitku buat hal, benang bawah berserabut . Jadi, berhenti di situ sahaja.
Pagi-pagi ini, sibuk pula memasang renda. Masih belum siap lagi. Matlamatku mesti siap hari ini. Lihat kesibukanku. Semalam sibuk dengan melengkapkan jadual kedatangan dan butiran di belakangnya namun tak siap juga kerena masih ada 2 orang muridku yang tidak menghantar surat beranak. Murid-murid sekarang susah sangat nak ingat pesanan guru, walaupun hanya 14 orang muridku ini namun liat juga mereka ......Ontahlah, bak kata orang Negeri Sembilan.
Renda satin 20 meter berharga RM20
kain langsir yang telah siap dijahit tepi-
kain langsir yang dihias renda warna krim
sibukku menjahit supaya siap langsir hari ini juga.
mesin jahit tepi
Semoga kerja-kerjaku beres hari ini, esok atau lusa boleh pasang langsir sempena nak menyambut Tahun Baru Cina...hehehe....bukanlah kebetulan pula Tahun Baru Cina. selepas ni nak beli dawai untuk gantung langisr pulalah. Malangnya tak ada peruntukan dari sekolah. Kalau sekolah SKDN , ada peruntukan, minta sahaja. sekarang ini budjet sendiri-sendiri tapi tak apa , nanti bawa ke sekolah lain jika aku berpindah, dah tak larat nak menjahit.
No comments:
Post a Comment