Tahun ini dalam sejarah, mengajar tahun 1 setelah berkhidmat 29 tahun. Tahun ke-30 perkhidmatan, pula mengajar tahun 1 kerana kekurangan opsyen guru BM, hanya aku dan cikgu Mohd Isha sahaja yang opsyen, yang lain dah bertukar arah, mungkin inilah sebabnya aku dapat berpindah ke Melaka.
Hari Selasa 14/1/2014 berjanji lagi dengan murid-muridku hendak mengecat kelas. Sampai ke sekolah pukul 9.00 pagi. Nasib baik grille tidak berkunci. Aku pula telah meminjam kunci daripada pembantu am pejabat . aku menyuruh muridku membeli makanan dan air teh. Aku pula membawa 'jajan' makanan ringan seperti kerepek pisang, kacang (dibeli keika di Wang Prachan sempadan Thailand) dan pisang.
Mulai dengan membuang hiasan lama di papan kenyataan, mengelap habuk-habuk, sapu sawang dan mengecat. Kemudian aku ke Kedai Kain Seng Lee, Masjid Tanah untuk membeli kain bagi menggantikan kertas bunga di papan kenyataan.
Kami hanya sempat mengecat dinding kelas dan menukarkan kain di papan kenyataan. Kerja bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Tenaga kerja muridku seramai 8 orang. 4 orang mengecat, yang lain membantu sementara murid perempuan 3 orang membantu mop lantai dan menyusun meja serta kerja-kerja pembersihan kelas.
membuang hiasan lama di papan kenyataan
cat hijau digantikan dengan warna pic
mula mengecat dinding di hadapan kelas
cat lama
sibuk mengecat dan membersihkan habuk-habuk
Syukurlah dah siap mengecat ....terima kasih kepada murid-murid tahun 6 Bestari yang rajin membantu dan sudi membanting tulang mengecat dan menceriakan kelas....baru fasa 1....Alhamdulillah ....terima kasih daun keladi, nanti ada kerja buat lagi ...kepada Izzati, Faten, Nazatul, Najmi, Firdaus, Amirul, Dinesh dan Nizam.
No comments:
Post a Comment