Pertukaran sekolah bagi tahun 2014 adalah misteri bagiku, Mengapa? Sebenarnya ini kali ketiga aku memohon tukar. Setelah penat memohon pertukaran antara Daerah Kuala Selangor ke Sabak Bernam, aku mengambil keputusan drastik untuk menghantar 2 borang pertukaran iaitu antara daerah dan antara negeri.
Aku sendiri berjumpa dengan pegawai pertukaran di PDD Kuala Selangor, En Mahali, siap memberitahu tidak berpuas hati tentang pertukaranku secara offline kerana tak berjawab , bermakna tidak diketahui status permohonanku. Kali ini , beliau mengecap borang terima antara negeri dan antara daerah.
Selang seminggu, JPN Selangor menelefon bahawa borang pertukaranku antara negeri ditolak kerana alasan tidak kukuh, Jadi, aku pun tidak kisah tetapi dalam hati amat kecewa dengan keputusan tergantung, aku menelefon PPD Sabak Bernam dan pada 14 /12/2013 aku sendiri inginkan kepuasan bertanya status pindahku. Aku kemudian ke JPN Selangor bertanya sendiri , kerani bahagian sekolah rendah pula bertanya kepadaku, ada isi borang pindah?.Malas aku menjawabnya, ku tunjukkan borang pindah antara daerah. Namun jawapannya masih tiada lagi kekosongan. Betapa kecewanya aku.
Pada 31/12/2013 aku dikejutkan dengan berita pertukaranku ke negeri Melaka. Pn Kamariah bt Ngah Mohd Salleh memberitahuku sekolah mana? Manalah aku tahu, Dengan cepat aku ke sekolah sejauh 60.5 km. Kudapati surat tersebut dari sekolah baru , bukan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Tambah aneh lagi pelik buatku. Aku disuruh menghadiri mesyuarat, minta jasa baik hadir mesyuarat, apa cerita? Aku yang kebigungan. Kalau betul pun biarlah ada surat rasmi buatku, Ini tidak, aku dalam kekalutan dan kebigungan mahu tidak mahu terpaksa menerima keputusan tersebut. Kalau ada guru-guru yang menerima berita sepertiku ini bagaimna agaknya?
............bersambung
No comments:
Post a Comment