Saturday, January 11, 2014

Majlis Perkahwinan -Rabiatul Adawiyah dan Demang Unis- katering

28/12/2013 pagi-pagi lagi penulis dah bersiap untuk menyediakan sarapan pagi bihun goreng sahaja. Kemudian kami bersiap-siap dari rumah Taman Bukit Angkasa menuju ke Dewan Gemilang, Kolej 12, Universiti Malaya untuk majlis persandingan atau majlis langsung perkahwinan .  Pihak tuan rumah telah sampai lebih awal, Kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi.
   Majlis marhaban dan tahlil yang diadakan dan doa selamat.  Pukul 12 tengah hari tetamu dah mula mengambil tempat untuk makan kerana jamuan bermula pukul 12.00 tgh - 4.00 petang.  Ramai tetamu yang hadir dan kami tak dapat menganggarkan bilangan tetamu -mungkin dalam 800-900 orang sahaja. Walaupun  ramai yang dijemput, mungkin ada pertembungan kenduri kahwin , maka ramai saudara-mara di Melaka yang tidak dapat hadir, malahan di Taman Bukit Angkasa tempat kediaman kakakku sendiri ada majlis juga.
   Kami bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Makanan pun sedap walaupun pihak katering itu tinggal di Port Dickson namun dapat menunaikan janji serta menjalankan tugas dengan baik. Pihak katering dilengkapi dengan deejay, pencak silat, kompang, tarian persembahan kanak-kanak, juru mekap , pelamin dan juru foto.  Jadi, memudahkan pihak tuan rumah menguruskan tetamu sahaja.
  Majlis bersanding pukul 2.00 petang , makan beradap , memotong kek dan sesi fotografi pengantin dengan  ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  Antara kebaikan katering ialah:
1. Mudah
   Pihak tuan rumah tidak perlu risau tentang pengurusan - makanan dan minuman, menyambut tetamu dan sebagainya.
2. menjimatkan masa dan tenaga - tidak perlu menganggarkandan membeli  barang-barang mentah untuk memasak, membeli-belah di pasar dan ketidak cukupan bahan mentah.
3. Mengurangkan tenaga kerja - pihak tuan rumah tidak terlalu penat  dan tertekan tambahan pula pihak saudara-mara tidak ramai atau tinggal berjauhan
4. mengurangkan masalah kesesakan - maklumlah di Taman Bukit Angkasa tidak boleh parking kereta, masalah pertembungan majlis-majlis lain juga akan menambahkan lagi kesesakan.
5. Bajet yang telah ditetapkan perlu diikuti, kalau tidak lari bajet banyak susah,,ho!
6. Buat di dewan adalah lebih selamat terutama kalau musim hujan dan terjamin kebersihan makanannya- bergantung juga kepada pihak  katering.
                   pelamin dan pentas tempat berzanji atau majlis tahlil serta persandingan pengantin
                                                    kehadiran pengantin ke dewan
                                            penulis bersama-sama dengan keluarga
                          pintu masuk Dewan Gemilang Kolej 12,Universiti Malaya




No comments:

Post a Comment