Wednesday, January 15, 2014

Termasuk longkang pula!

Apa dah jadi dengan keretaku ini? Lihat dua mekanik seorang bapa dan seorang anak peempuan pula tu.


Hari ini lebih kurang pukul 4.30 petang semasa hendak mengambil anak bongsuku dari SMK Dato' Dol Said , sebelah kiri keretaku telah termasuk longkang.  Kejadian ini berlaku kerana semasa membelok ke kanan , tak perasaan termasuk longkang.  Maka keretaku tak tergantung sebelah.  hendak menaikkan tayar tersebut tidak boleh.

Nasib baik ramai pelanggan lelaki di kedai makan itu.  Ada seorang lelaki yang datang membantu.  Kemudian diikuti pula tuan pemilik kedai dan remaja lelaki membantu menaikkan semula kereta tersebut sementara lelaki itu membantu membetulkan stering dan meluruskan kereta. Syukur Alhamdulillah kerana keretaku tidak mengalami kerosakan yang teruk.

 Sebaik sahaja , aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu, dia menanyakan di mana aku tinggal, mungkin melihat nombor pendaftaran keretaku.  Aku katakan aku orang sini dan memberitahu nama suamiku yang juga bekas pentadbir  di SMK Dato Dol Said pada masa dulu.  Sebut sahaja nama suamiku mereka kenal dan tahu pula rumahku.  Aku sebenarnya tidak  memberitahu rumahku .  Sempat juga dia memberiahuku dah lama tak jumpa dengan suamiku dan ingin mengetahui di mana suamiku sekarang. Setelah selesai berbual, aku pun terus berlalu .  Malangnya aku tidak bertanyakan namanya utnuk ku ceritakan kepada suamiku kelak.

 Kemudian aku terus mengambil anakku.  Lebih kurang 1 km , semasa memandu , keretaku berbunyi, Aamak apa pula ni!. Bimbang akan kerosakan lain, aku terus ke bengkel.  Mula-mula ke bengkel tempat selalu tetapi mekanik tidak ada.  Kemudian ke bengkel Lim sebelah Kedai Rahim di Kelemak, mekaniknya pun tak ada juga.  Ditunjukkan aku mekanik  bengkel kereta di hujung pula.

 Nama bengkel kereta ini Extreme .  Lihat si mekanik Melayu ni , rajinnya anak perempuannya turut baring melihat bapanya semesntara anak lelaki pula membantu menaikkan badan kereta dengan jack.
Oleh kerana bumper dah termasuk sedikit, maka ditariknya keluar dan yang mengeluarkan bunyi ialah mudguardnya.  Maka dibubuh skru dan dibetulkan skru yang tercabut,  Di hadapan bumper tsebelah kiri tersebut telah tercalar kerana bergesel dengan tar.  Baiknya, si mekanik tak dicasnya aku bagi perkhidmatan yang diberi.

Aku pula bertanyakan berapakah kos mengecat bahagian yang tercalar.  Katanya kalau sedikit itu kosnya RM60 tetapi adalah lebih baik keseluruhan kerana catdi bahagian lain  pun dah tak cantik, kos keseluruhan RM250. Aku menyatakan berapa lama mengambil masa mengecat semula, katanya selama 2 jam.  Oleh kerana aku perlu menggunakan kereta , maka ku batalkan sahaja niatku.

Pengajaran daripada perisiwa ini ialah aku seharusnya tidak banyak memikir.  Aku perlu berhati-hati.  Memang selalunya aku pusing kereta di situ  . Menurut lelaki yang membantuku , dia menyaakan sudah banyak kali kereta termasuk ke dalam longkang itu.  Sepatutnya dibuat penghalang atau tembok batu supaya pemandu boleh mengelak tayar keretanya daripada termasuk longkang.

Apa-apa pun itulah ketentuan daripada-Nya, hanya Allah sahaja yang tahu.  Di sini juga aku bertemu dengan bekas muridku, dia  juga menegurku.  Aku masih ingat dia anak cikgu Ali , SKDN.

No comments:

Post a Comment