Pada 6/1/2014, aku telah melapor diri seperti janjiku.Dalam hatiku merasa bengkak juga walaupun dah 6 hari berlalu peristiwa itu berlaku. Aku dengan selamba sahaja ke sekolah itu. Sebenarnya aku pernah ke sekolah ini untuk berjumpa dengan ketua pemeriksa kertas Bahasa Melayu.
Kehadiranku disambut dengan baik oleh GPK 1, anggapanku selalunya benar. Apabila menerima sms seperti nama tersebut, aku dah mengagak mungkin kakak kawanku semasa bersekolah di SMK Tanjung Keling dahuliu, kini sekolah itu telah bertukar nama SMK Sri Tanjung. Ternyata benar.
Semasa perhimpunan pula, aku bertemu dengan En Mohd Isha bin Bakar , ketua pemeriksa Kertas Bahasa Melayu Sebelum beliau bertemu denganku, beliau pun telah mengagak akulah cikgu yang pernah bertugas dengannya, cuma beliau was-was dan apabila melihat nombor pendaftaran keretaku SD, memang sahlah akulah orangnya.
Kemudian , bertemu jugalah aku dengan Cikgu Zainal bin Sahat, rakan semasa melanjutkan pelajaran secara PJJ , iaitu Pendidikan Jarak Jauh semasa tahun 2002 di Universiti Sains Malaysia. Beliau pun hairan apabila melihat rumahku yang terbiar dengan rumput panjang dan tertanya-tanya dalam hatinya, ke manakah perginya penghuni rumah ini? Kebetulan pula ramai guru yang ku kenali. Aku masih belum lagi berjumpa dengan guru besar, siapakah gerangan?
Keesokan harinya, aku dipanggil berjumpa dengan guru besar. Beliau menerangkan bahawa tindakanku adalah betul. Beliau tidak tahu atau tidak mendapat maklumat yang sebenarnya. Padaku, dengarlah dahulu penjelasanku. Aku sudah faks surat penangguhan tugas. Beliau menerangkan sejarah sekolah, aktif dalam koakademik dan kokurikulum. Guru yang berpindah ialah seorang bekas pemain bola sepak negeri Selangor. Manakala keputusan UPSR sekolah ini terbaik di Masjid Tanah. Sekolah ini pula kekurangan guru BM dan BI . Syukurlah dengan kekosongan guru BM aku dapat mengisinya ataupun berpindah ke Melaka. aku ibarat sireh pulang ke gagang susuai dengan SK Sungai Sireh, Tanjjong Karang.
Renungan rentetan peristiwa ini:
1. Jangan kita menganggap tindakan orang lain salah. Dengar dahulu masalah yang dihadapi dan bertimbang rasa.
2. Setiap guru mempunyai kelebihan masing-masing, jangan samakan yang pergi dengan yang mengganti.
No comments:
Post a Comment