Thursday, December 8, 2011

Episod pindah 2010- Sabah

 Pertukaran suamiku Ke Sabah amat mengejutkan aku.  Memang aku tidak bersedia hendak mengikutnya.  Tetapi dia menyuruhku mengisi borang pindah.
  Semasa itu borang pindah mula-mula diperkenalkan secara online.  Oleh kerana online bulan April, maka aku mengisi borang secara offline.
   Beginilah kisahnya.  Aku hantar sendiri borang itu di kaunter di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.  Tiba di kaunter, kerani yang bertugas enggan menerima borangku.  Dia memintaku menunggu pertukaran secara online.  Aku pun berbalas jawab.  Aku memberikan alasan ada dua jenis pertukaran: online dan offline.  Offline untuk kes-kes kronik dan kritikal.
  Dalam pada bertengkar itu, keluarlah seorang pegawai.  Aku sudah lupa namanya.  Apa masalah ini?. Aku pun menerangkan masalahku.  Dia pun melihat borangku. "Oh, Isteri timbalan Penolong Pegawai Pejabat Daerah Melaka Tengah.  Maka kerani tadipun menerima dan meneliti borangku dan ada surat keizinan suami yang tidak ku sertai.  Aku terus menelefon suamiku yang berada di Sabah minta fakskan surat tersebut.  Maka selesailah masalahku dan borang diproses dengan cepat.  Hantar pertengahan bulan Februari, pertengahan bulan Mac dah ada keputusan.  Cuma menunggu jawapan dari Jabatan Pelajaran Sabah.  Aku lagi terkejut apabila JPNS telefon bertanyakan statusku dan PPD Lahad Datu meminta aku memilih sekolah yang berdekatan.  Syukur alhamdulillah.

1 comment:

  1. Surat pindah ku terima pada 15 Mac 2010, tetapi surat penempatan tidak ku terima sehinggalah bulan April, akhirnya dapat panggilan telefon dan aku minta faks surat ke SKDN, 16 April aku ambil tiket kapal terbang dengan kos sendiri setelah JPN Melaka enggan menguruskan tiket tersebut. Marahkan jabatan akhirnya aku terkilan kerana surat jabatan terlalu lewat menyatakan aku boleh mendapat claim perpindahan. Aku sedar di dalam surat tersebut setelah berpindah keSelangor...aduhai, menyesalnya.

    ReplyDelete