Thursday, December 1, 2011

Lempeng dan Cucur Udang

  Tinggal 10 hari lagi , kami akan berangkat pulang ke Melaka.  Inilah tiket percuma yang kami gunakan.  Kemalangan yang ku kalui meninggalkan kesan yang amat mendalam.  Kereta sudah sebulan duduk di bengkel.  Entah bila siap malas aku nak menelefonnya.  3 kali pergi menjengoknya tetapi masih pada takuk lama.
   Nak cerita , hari ini aku buat lempeng orang kaya,  Apa tidaknya, tepung gandum dah habis, jadi aku gunalah tepung kek .  Lempeng ini kena pandai buat.  Kalau bancuhan tepung terlalu cair, lempengnya melekit, nanti jadi roti lembik.  Kalau pekat pula, lempeng tebal.  Ada orang suka makan lempeng garing.  Aku biasanya buat   yang tidak tebal dan tidak terlalu nipis macam capati.
  Lempeng sedap dimakan semasa panas dan dicicah dengan kari atau lauk ikan.  Biasanya kami makan cicah lauk ikan tenggiri  asam pedas atau kari ayam ataupun sambal ikan, udang atau bilis.





  Masih ada lagi tepung kek ini, hari ni 2/12 aku gunakan tepung ni buat cucur udang pula dicampur dengan tepung gandum.  Kucampurkan udang kering yang ditumbuk, daun bawang, daun sup, garam  dan sedikit bikarbonate soda.  Pencicahnya pula sambal ikan.  Ikan di Sabah ni sedap kerana ikan-ikannya masih segar. Sedapnya apabila dimakan panas-panas.  Anak bongsuku selalu tanya ,"Mak bubuh apa ikan ni?, sedap.

No comments:

Post a Comment