Thursday, December 22, 2011

Terseliuh sampai 4 orang tukang urut

 Ketika  sibuk membeli-belah di Tesco buat persiapan kedua-dua anakku ke SBPI dan SMK Syarifah Rodhiyah , suatu peristiwa yang tak mungkin kulupakan telah terjadi . Sibuk setiap hujung minggu, mana nak masak, mana nak pergi menziarahi mereka kerana seorang di Selandar dan seorang lagi di Semabuk. Pada masa itu kalau pergi menziarahi mereka dari 10.00 pagi hingga  balik pukul 10.00 malam.
  Kakiku terseluh di depan Tesco, terkulai hendak pijak pun susah,jadi terpaksa diampuh.  Semua ini gara-gara nak cepat balik ke rumah, nak sembahyang zohor di surau Tesco, agak keberatan almaklumlah aku tak bawa telekung, nak guna telekung di situ tak tahan baunya.  Jadi aku terkocoh-kocoh dalam pada itu aku tergelincir betul-betul depan pintu keluar.  Sakitnya betul-betul tapak kaki tidak boleh pijak.
  Aku terus ke rumah ibu saudaraku, dia memang pandai mengurut.  Dia terkejut melihat aku terpaksa dipapah kerana kaki sebelah kananku itu.  Dia mengurut dan membalut kakiku dengan jadam dan kain.  Sejak hari itu terpaksalah jalan berjengket.  Setelah berurut 3 kali masih lagi sakit.
  Di sekolah semua rakan sejawat terkejut.  Mereka sibuk menyindir hai main bolakah sampai cedera, aku buat tak kisah.  Tak simpatipun.  Pada masa itu aku mengajar tahun 5 , kelas di tingkat 4, nak naik satu cerita, nak turun rupa-rupanya lagi sakit, mungkin berat badan kita menekan ke tapak kaki.
  Sejak dari itu, aku sibuk mencari tukang urut.  Setelah 3 orang mengurut masih lagi belum sembuh.  Menurut seorang kawan, ada tukang urut yang pandai.  Dia urut lembut sahaja.  Aku pun pergi kepadanya.  Mula-mula tension juga dengannya, dia sibuk mencari kad pengenalannya.  Lama juga aku menunggu.  Akhirnya sekali pegang dan urut pada urat yang terseliuh itu berbunyi , tup.  Dia pun berkata ha dan masuk semula urat tu, sebab itu kaki kamu sakit.  Setelah tiga kali berurut, kakiku pun sembuh.  Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 ketika anak sulungku memasuki SBPI di Selandar.

1 comment:

  1. Dekat mana yer tukang urut tu?? kaki saya pun terseliuh, 2 hari dah xboleh berjalan..

    ReplyDelete