Semalam, 6 Mei aku dan suamiku menghantar anak sulungku balik ke UiTM. Mula-mula singgah ke SK Sungai Sireh ,hantar Skrin LCDku, kemudianke Klinik Arul di Tanjung Karang. Selepas itu aku ke masjid untuk sembahyang. Seterusnya destinasiku ke Shah Alam.
Kedai pertama ku singgah ialah Sendayu Tinggi : membeli rempah sauna. Kira berbelanja di sini RM92.20.
Kemudian menuju ke bangunan PKNS untuk membeli jubah. Sementara sampai ke kedai-kedai tersebut, tertinjau pulalah tupperware. Cantik-cantik kulihat, memang dalam hati nak beli botol air dan bekas simpan kuih atau biskut. Ramai pula orang kat kedai itu. Maka, aku pun belilah , berbelanja RM202.80, walaupun bukan ahli tetapi aku dapat membelinya dengan hanya menunjukkan ahli salah seorang guru di SKDN.
Meneruskan destinasiku, kulihat banyaknya tudung yang cantik-cantik tetapi tak berniat untuk membeli. Aku ke tingkat yang lain pula, puas juga mencarinya, akhirnya aku membeli tiga helai jubah yang berharga RM300, itupun harga penghabisan stok. Jadilah aku sebenarnya ingin berjimat memandangkan gaji bulan April ini 0.00 tetapi terelbih bajet pula.
Kemudian Ke JJ membeli pakaian dalam dan kasut. Hidupkan semula kad JJ kenalah RM24 untuk 3 tahun. Jadi bulan ini banyaknya belanjaku, membeli LCD dan hardisk, tudung dan kasut. Nasib baik ada simpanan lagi dan dah tentunya bulan depan membayar kad kredit dengan kenaikan gaji bulan Jan-April.
No comments:
Post a Comment