Pertukaran dari Sabah ke Selangor banyak memalit kenangan suka dan duka. Pertukaran diluluskan namun aku terpaksa memandu lebih kurang 121km pergi dan balik ke sekolah. Perjalanan dan pemanduan yang jarak jauh ini memenatkan aku ditambah dengan usia yang semakin meningkat.
Pertama, kesilapan membayar gaji terlebih selama 19 bulan 8 hari membabitkan jumlah sebanyak RM5737.50 amat membebankanku. Kedua, kesilapanku sendiri menunda tarikh tukar tanpa memberitahu pihak yang mengarahkan pertukaran menyebabkan aku terpaksa membayar semula 2 bulan elaun-elaun seberang laut sebanyak RM3471.32. Jika dijumlahkan , aku terpaksa membayar semula sebanyak RM9208.82.
Tercatat sejarahku di sepanjang hampir 28 tahun mengajar , inilah pengalaman pahit yang membabitkan pemotongan gaji sebulan sebanyak RM4500.00 sebulan sehingga gajiku menjadi sifar. Terasa terhenyak dek kekalutan masalah, pergelutan emosi, penyesuaian iklim tempat kerja di samping tersentap terasa terhina membalut jiwa seperti sifarnya gajiku, perasaanku terhadap tugasku. Namun aku harus bangkit memulihkan semangat yang semakin luntur. Syukurlah aku masih mampu menjadi manusia yang kebal dengan cemuhan dan cabaran.
Bulan kedua, potongan sebanyak RM1660, ini bermakna masih ada lagi keberhutangan sebanyak RM2048.82. Aku kini akur bahawa apa pun yang kita adukan kepada kpkpm, mereka tetap memihak kepada AG, walaupun anggapan kita AG bertindak tanpa diplomasi atau perasaan. Bayangkan lebihan gaji boleh diansurkan selama 6 bulan atau dalam tahun semasa.
Terima kasih AG walaupun tidak meminta maaf, aku pasrah. Mungkin itulah cabaran yang paling bermakna dalam hidupku yang mencalitkan calar luka terkesan di benakku sepanjang masa yang sukar dirungkaikan dengan kata-kata. Kepada PT buatlah kerja dengan teliti serta AG yang meluluskan gaji (TAWAU).
Pengisahan ini bukan meminta simpati atau luahan hati tetapi buat teladan kepada guru yang berpindah dari Sabah dan Sarawak terutama yang menerima elaun-elaun hidup susah, intensif wilayah dan elaun perumahan.
Perlulah berbincang dengan guru tentang pemotongan gaji atau hal-hal yang berhubung dengan gaji . Sebenarnya jika dipotong secara ansuran tetap setiap bulan tidaklah sesukar mana, masalahnya PT nak kerja mudah bayar sekali gus contohnya elaun hidup susah selama 2 bulan, intensif wilayah 2 bulan, elaun perumahan 2 bulan dan elaun khidmat awam selama 19 bulan 8 hari bukan sakitnya dipotong sekaligus.
ReplyDelete