Friday, May 4, 2012

LCD projektor

   Pada 1 Mei 2012, aku telah nekad membeli  LCD projektor untuk memudahkan aku mengajar di dalam kelas.  Pada aku, alat tersebut amat penting kerana aku boleh menjimatkan masa sambil dapat mengawasi murid ketika membuat kerja-kerja bertulis.
   Keadaan ini adalah disebabkan murid-muridku ramai yang belum lagi menguasai kemahiran menulis huruf walaupun mereka sudah 4 tahun bersekolah.  Kecewa aku dengan kesilapan yang sering dilakukan seperti menulis tarikh dan hari di samping tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil.


            Di kelas ini tidak ada skrin, maka kupancarkan saja ke papan putih yang kekuningan ini, maka inilah hasilnya.  Sebenarnya semasa aku beli LCD projektor ini dapat skrin percuma tetapi keretaku tak cukup panjang nak membawa skrin.  Lain kali sahajalah.
   Hari-hari terpaksa membebel dan memerhatikan mereka menulis dan menyalin ayat di papan hitam.  Sekiranya mereka d membina ayat tunggang-langgang.  Justeru aku berharap penggunaan LCD projektor dan laptop dapat meningkatkan minat mereka belajar di samping sempat aku membetulkan kesilapan mereka.
    Semoga mereka ada kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk masa depan mereka.

No comments:

Post a Comment